Assalamualaikum buat semua.
Maaf andainya mengambil masa yang lama untuk updatekan blog ini.Hurm, sekarang nih, Nur Edah sedang berada di bilik komputer sekolah. Memandangkan tak ada apa-apa nak buat...(tambah-tambah tak bawak buku...) jadi Nur Edah ambil kesempatan untuk updatekan.
Sepanjang hujung minggu ni tak ada apa-apa sangat yang terjadi. Tapi, sepanjang minggu lepas, banyak perkara yang menyeronokkan. Hehehehe...
Isnin bermula lambat. Sedikit membosankan, kerana tiada lain yang kami lakukan selain pembetulan kertas perperiksaan Gerakan Panitia 2 yang lalu. Alhamdulillah, tidak banyak pun, adalah juga peningkatan yang dicapai. Dengan berkat kesabaran dan iltizam di dada, Nur Edah dapat tempuhi peperiksaan itu.
Selasa, kami semua masih seperti biasa. Nur Edah juga masih cuba untuk menjadi NUr Edah yang diusahakan sepanjang cuti yang lepas. Ah, tak kesahlah macam manapun, Nur Edah tetap Nur Edah, bertukar kulit pun masih jugak NUr Edah. Takkan jadi orang lain. Malamnya nasib baik tak perlu ke kelas malam untuk pelajaran INggeris dan EST. Minta cuti kat cikgu pulak...hehehe...tapi Nur Edah ambil kesempatan untuk selesaikan projek additional mathematics yang terbengkalai buat sekian lama...hehehe...
Rabunya, kami semua sedikit sibuk. Sedih jugak tingkatan lima tidak dibenarkan menyertai aktiviti kemerdekaan. HUrm...boring...boring...nak kena reseat exam add math...nak buat macam mana, cikgu dah suruh...ikut sajalah...apapun, hurm...NUr Edah dah ready...ready ckit-ckit larh...eheheh...
Malam rabu NUr Edah ikuti kelas tambahan untuk pelajar yang dikira lemah dalam Fizik...eherm...NUr Edah memang akui taklah sepandai manapun kalau bab-bab Fizik nih. Tapi bak kata Uncle Phang,NEVER GIVE UP!! jadi NUr Edah takkan give up! ehhhe...
Khamis kami semua kenakan baju kebangsaan. Sengaja NUr Edah kenakan baju kurung batik pemberian mama berona kuning di raja.hurm...terang tuh, siap pulak dengan design bungaan dan warna bendera...hihihik...i had fun hari nih!!!
anyways,mlaam khamis kene pulak pegi perayaan ambang merdeka kat sekolah.hurm...oklarh kot...i mean, tahun nih tahun terakhir Edah akan sambut di sekolah bersama-sama dengan yang lain.TAhun depan tak tahu lagi. SIap nyanyi lagi malam tuh...pertandingan...
Alamak!!! pitching lari larh!! wehehek....takpe...takpe...tahun terakhir...ehhek...