Khamis, 23 Ogos 2007

Langkah...


"Aku berjalan...
Kemudian aku berhenti...
Ku toleh ke kanan, ke kiri...
Duani masih memandangku penuh kekosongan...
Perlukah aku menoleh ke belakang?


Belum sempatpun aku berpaling,
Suara itu memohon agar aku teruskan perjalananku...


Dan dengan air mata, aku teruskan jua...
Betapa berat pun hati ini merayu supaya aku berhenti...
Aku tetap berlalu jua dengan terpaksa...


Namun hati masih penuh tanda tanya...
Siapa dia?..."

Tikk-tokk...Detiknya Berlalu...


SALAM... HARI ini akan berakhir beberapa detik lagi. Tak lama lagi cuti akan berkahir. Saya akan kembali ke sekolah. Tapi entah kenapa, hati ini serba salah untuk kembali. Tipu andainya saya katakan saya tak rindukan sesiapa sepanjang cuti ini. Tipu jika saya katakan saya tak fikirkan sesiapa sepanjang cuti ni. Dan saya berani kata saya tipu seandainya saya katakan saya sudah lupakan segalanya sepanjang cuti ini. Realiti adalah realiti. Jauh manapun saya berlari, ke pelusuk manapun saya cuba sembunyi, kenyataan akan sentiasa mengejar rapat di belakang. Hidup ini realiti. Sebuah realiti yang ada masanya pahit untuk ditelan, terlalu sukar untuk dilalui. Tapi itulah hidup. “Saat kamu berkata untuk meninggalkannya, Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat, Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri, Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air mata.” Pernah lihat kata-kata ini? Kata-kata ini mengingatkan saya kepada beberapa perkara yang saya cuba sedaya upaya untuk lupakan sedari sebelum cuti persekolahan ini bermula. Sehingga saat ini pun, saya masih cuba untuk melepaskannya. Tapi, sekali lagi, realiti itu tetap realiti. Namun dengan kata-kata yang terangkai itu, saya mula fahami sesuatu. Harapan yang terpendam, kembali mengembang mekar. Memanjat pepohon hati yang saya cantas buat beberapa ketika. Kenyataannya, kami berdua adalah dua insan yang berbeza. Dia lelaki, dan saya perempuan. Dia Adam, saya Hawa. Dia kutub utara, saya kutub selatan. Kami miliki kisah kami sendiri. Kegembiraan dan bahagia yang kami cipta sendiri, tapi kami noktahkan atas dasar KAMI. Noktah itu menempatkan betapa besarnya nilai sebuah KEPERCAYAAN. Suka atau tidak, buat sesiapa sahaja yang membaca, saya ingin katakan, saya percaya pada diri saya sendiri. Biar apapun yang anda klasifikasikan diri saya ini, sama ada budak hingusan yang terlalu cepat inginkan kehidupan, atau apa-apa sahaja, saya PERCAYAKAN diri saya sendiri. Atas dasar PERCAYA itu juga, saya katakan saya percaya tindakan saya betul. Dan saya percaya jauh di dasar hati ini, saya masih simpan rasa itu terhadapnya. Jangan hukum saya kerana rasa ini, ataupun kerana saya terlebih dahulu melangkah untuk menyukai. Sebaliknya, doakan kesejahteraan saya serta kebahagiaan saya. Doakan agar saya tidak akan terjerumus ke lembah kemungkaran. Kerana saya percaya, apa yang saya semai selama ini adalah atas dasar IKHLAS, kerana saya sayangkan dia kerana ALLAH.