Khamis, 1 Disember 2011

Hujung Minggu Yang Memang Memenatkan

Assalamualaikum, hye guys...

Woohoo...hujan lebat lagi hari nih... Lebat sangat2. ingatkan nak balik bilik je tadi. Tapi mengenangkan kena pergi HEP tanya pasal Perhimpunan Belia kat Shah Alam yang sepatutnya hujung minggu nih, sanggup gak redah hujan (chey...mengenang nasib sendiri nampak!). Tadi pergi tanya rupa2nya dah ditangguhkan ke bila yang tak tau bila tarikhnya lagi. Tunggu diorang lah bagitau nanti...tu pown kalau jadi lah. Pastu pergi cari Penyelaras Ko-Kadet Bomba. ahahaha... Penyelaras nih yang best bila nak jumpa...tiada makan2...(ngahahah) tapi banyak sembang2. So tadi jumpa pun sebab nak ambik senarai nama pelajar yang dah daftar Ko-Kadet Bomba untuk kehadiran dan untuk menyenangkan kerja2 kami yang dah sedia ada bertimbun nih. OK, dua kerja dah settle. Pastu g pulak buat photocopy nota ECO211. Haduih, punya la banyak barang diorang photostat...habisnya kena tunggu sampai rabu minggu depan baru dapat ambik nota tuh...MAAKKKK AIII!!! (banyak untung oooo).

So, dah siap semua kerja ingatkan nak balik bilik, nak rehat2 dulu, makan Nesvita ke...kemas2 barang ngan bilik, g bersih diri. Pastu g mesyuarat malam karang. Tapi alik2 makin lebat pulak hujan nih... Aku tak merungut kayh... Bagitau je... Hujan memang lebat pown. Hujan rahmat... Jadi sekarang tengah stuck kat library. Online and update blog je lah. Iyelah, dah lama gak tertangguh nak update blog nih. Online pun jarang nak main2 lagi. Buat kerja je. Huikhuikhuik. Aku redha...

Apa pun, sekali dah update nih baik aku update sal last weekend. Last weekend ada ICT Fair kat Borneo Convention Centre (BCCK). So, Macam biasa aku adalah antara salah seoprang yang tak boleh nak lepas pergi ICT Fair ni sebab aku memang suka nak 'menderma' duit beli barang2 komputer/ laptop. Memandangkan aku balik hari Jumaat, baik aku cerita dari hari Jumaat aje lah ye?

Jumaat aku balik rumah lewat sebab kesesakan lalulintas masa mak ngan bapak tengah dalam perjalanan nak ambik aku kat UITM Samarahan. So sampai2 aje kat bandaraya Kuching (chey! cam jaoh sesangat lah bunyi nye) dah petng sesangat. Aku kelaparan weyh. Sebab tengahari tak makan ingatkan nak makan ngan mak ngan bapak sekali. So kami tapau lah makanan kat kedai...(ade ke???) Yang aku ingat, aku tapau ROJAK AYAM kesukaan aku kat LIZA's CoffeeShop (dah namanya camtuh, tak payah nak tanya kenapa salah ejaan pulak kayh!). Nyumnyumnyujm. sedap sesangat. So, lepas makan aku ngan kawan aku yang ikut balik rumah minggu tu kemas2lah rumah sebab jiran aku nak guna rumah aku kot2 tak cukup tempat untuk oran datang. Mak Cik tu baru pulang dari Haji, so dengan ikhlas dan berbesar hati la kami tolong...Jiran, kenalah kita sentiasa bantu membantu... (ALHAMDULILLAH). Dapat jugak pahala kami sekeluarga...AMIN. So, malam tu, ade lah jugak ramai orang datang. Makan pown sedap. Menu?? Auk tak ingat. Ngahaha... tau makan je la katakan. Malam tu habis kenduri kendara apa semua, aku ngan kawan aku ngantok gila. So tido awal. (budak baik la katakan...)

Esoknya pulak kami pergi kenduri orang kawen pulak...nih antara kenduri pebret aku lah. Kena pulak kawan bapak aku and jiran jugak la dikiranya. So, makan free lagi...ngehehe...sedap makanan ui. Lepas habis kenduri tengok pengantin apa suma, bapak aku bawak kitorang g Masjid Jamek pulak. Ada karnival Maal Hijrah. Aku suka sangat pergi tempat2 macam nih. Best. Tup2 bertemu pulak ngan geng satu UiTM...baru kenal hari tu jugak.ahahaha.... tapi yang bestnya jugak, aku g beli air dari lori Kopisatu. Lori yang aku salu cari masa kat KL. Selalu je park kat sebelah Semua House setiap hujung minggu. 

gambar wan nye...nih ambik dari blog orang tau...tq owner blognya...

Petang barulah g ICT Fair...makk aii...rambang mata dibuatnya pergi cni. banyak gak la gerai. Tapi macam biasalah gerai yang itu, itu jugaklah...yang biasa2 dilihat je...barang pun sama gak hampir keseluruhannya. Tapi sempat jugak aku beli barang ckit. Yang paling penting USB 2.0 Port tambahan untuk aku kerja. Cam sesalunya tak cukup port nak letak USB nih. Banyak nak transfer ape suma. Dah tuh aku beli mini vacuum cleaner untuk keyboard aku yang mungkin bertimbun habuk kat celah2nya...ew!! Aku belikan pencuci skrin jugak ngan erm...apa lagi ek?? tu je la kot.. Lupa dah... so tak sampai seratus pown. Ingatkan nak usha2 portable external hardisk Buffalo lagi...tapi takde pulak diorang jual jenis nih. Pelik bin ajaib.

Esoknya pulak g kenduri kawen lagi. Kalinih kat Suarah Civic Centre. Anak jiran jugak yang kawen. (banyak nya orang kawen...aku lom ada calon lagi nih). Petang lepas kenduri pergi lagi BCCk sebab komputer yang baru dibeli cam takda berfungsi (hekelleh...sedangkan salah sendiri kot pakai dua2 wayar tuh! ngahahaha) Habis berli satu lagi USB plug suma, balik and aku ngan kawan aku g pasar beli barang. Wah!! first time kot bapak bagi aku keluar ngan kawan and aku drive...Wahaha...alhamdulillah. letih ooo...banyak kerja.

Ingatkan Isnin tuh, cuti umum Maal Hijrah boleh rileks2 kat rumah...alik2, kitorang g jenjalan pulak...dekat nak satu hari suntuk jugak kami jenjalan. G boulevard ngan Giant Padawan... check-it-out...Giant Padawan tuh...jaohnye!!! ngahaha. Last2, petang tu jugak balik UiTM sebab kelas pukul 8 pagi hari Selasa.

okok...sampai cnih aku mencarut ckit kayh.nanti2 aku sambung.

WASSALAMUALAIKUM

papai!

p/s:

kiutnya!! jumpa gambar nih masa tgh browse barang tadi...ngehehe...kiut sangat2...
hurm...cam 'rindu' pulak nak jumpa dia...tak nampak pun seminggu2 nih...ihihihik...jangan gila bayang sudah!