Rabu, 5 Mac 2008

It's Me and Will Always Be Me...

Ada ketikanya, kita rasakan seolah-olah pintu hati kita tertutup untuk menerima sesuatu. Tak kitalah sama ada perkara itu baik atau tidak. Setiap yang hadir itu ingin kita tolak ke tepi semahu-mahunya. Pena-pena yang pernah dulunya rancak mencanting segala yang kita rasai dan alami, semakin lemah untuk mencipta lenggok mesra pada sekeping kertas. Semuanya akan kita rasai apabila kita dikecewakan. Seolah-olah perilaku sang bunga yang baru sahaja mahu mengembang dan mekar, tanpa disedari, mula menguncup kembali. Enggan melihat mentari yang seakan-akan menyakitinya. Begitulah hati seorang perempuan.

PART I : AKU MERINDUIMU...

Dah masuk enam bulan. Saya masih menunggu sebuah jawapan yang akan menentukan kedudukan saya yang sebenarnya. Sebetulnya saya sudah tidak perlu lagi menuggu jawapan itu kerana saya rasakan jawapan bagi persoalan itu sudah jelas di hadapan saya. Namun seperti kebiasaan, tanpa kepastian teguh, saya sukar untuk meyakinkan bahawa itulah realitinya. Bukan kerana saya enggan melepaskan, enggan mengakui atau enggan meneruskan perjalanan yang nyata masih jauh, tetapi, kepastian itu sebenarnya akan membantu mengukuhkan titian yang akan saya tempuhi. Saya tidak mahu apabila saya teruskan perjalanan ini dengan laju dan semakin hampir ke sebuah destinasi, masa silam kembali menghantui. Biarlah nanti, apabila pasti segalanya telah berakhir, saya mampu teruskan segalanya dengan tenang; tanpa sebarang kerisauan.

Dan tanpa sedar, saya masih merindui. Sudah saya cuba untukk hanya melupakan, tapi realiti hati seorang perempuan, terutamanya berkaitan dengan perasaan, selalunya tidak akan mampu untuk melupakan sepantas itu. Tidak semudah sebagaimana seorang lelaki yang bisa sahaja mencari pengganti. Memang tidak semua insan yang bergelar lelaki seperti itu, tapi resam kehidupan kebanyakannya menunjukkannya, KEBANYAKAN lelaki sebegitu rupa.

Saya tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam perihal ini. Jauh sekali menyalahkan takdir kehidupan yang ditentukan ALLAH s.w.t. Saya faham dan redha, sepertimana saya akan turut redha seandainya kata putus menjadi pengakhiran sesuatu yang amat saya sayangi selama ini. Mungkin ALLAH s.w.t. sudah menentukan akan ada yang lebih baik menanti saya dihujung pencarian nanti.

Saya tidak pernah menangis kerana kecewa, tetapi sebaliknya saya kan terus tersenyum kerana sekurang-kurangnya saya pernah merasakan bagaimana disayangi seorang lelaki selain ayah. Bagaimana dihormati dan bagaimana rasanya membina impian bersamanya walaupun impian itu tidak sempat untuk dijadikan sebuah kenyataan. Saya akan senantiasa tersenyum kerana sekurang-kurangnya insan penting yang pernah mengetuk hati ini sudah bahagia dengan pilihannya. Saya akan senantiasa tersenyum kerana dia masih menyayangi saya walaupun sekadar saudara seagama. Saya akan senantiasa bersyukur kerana kami saling memahami prinsip masing-masing. Walaupun adakalanya kami lakukan sesuatu yang melukakan, tetapi kami tetap berkompromi dengan perkara-perkara yang masih boleh diterima.

Memang sebuah perpisahan akan sentiasa menyakitkan, tapi ALHAMDULILLAH, perpisahan ini tiada tersulan kebencian. Perpisahan ini tidak akan menjadikan kami musuh, kerana kami hargai ukhuah yang terbina dan akan terus menjadikannya sebuah PERSAHABATAN. Siapa yang kata antara dua insan yang pernah saling menyayangi tidak akan menjadi sahabat apabila berpisah? Nyata anda silap kerana anda sendir terlalu melayani perasaan marah dan dendam.

Seandainya saya diajukan persoalan adakah saya merinduinya? Saya akan menjawab: “Ya. Tetapi sekadar merindui kasih-sayang dan penghormatan yang pernah diberikannya.”

PART II : SPM...SPM...

INSYA-ALLAH, minggu hadapan (12 Mac 2008) keputusan peperiksaan SPM 2007 akan diumumkan. Saya antara beratus ribu calon SPM 2007 tidak terlepas daripada perasaan gementar dan takut untuk menerima keputusan nanti. Risau juga seandainya usaha yang saya lakukan selama ini masih belum cukup. Siapa tahu akan ketentuan ALLAH, moga-moga keputusan kami cemerlang. Itu sahaja yang mampu aku doakan.

Masakan saya tidak gementar apabila ramai sahabat dan kenalan termasuklah saudara-mara yang seakan yakin dan pasti saya akan mencapai keputusan yang amat cemerlang. Saya semakin tertekan sebegitu. Memang tidak salah untuk yakin akan saya, tetapi saya sebenarnya takut jika keputusa nanti tidak seperti yang diharapkan. YA ALLAH!! Saya mohon agar tidak seperti itu. Saya mohon agar saya akan dapat apa yang saya inginkan. Malahan saya mohon agar kami semua mendapat keputusan yang amat cemerlang nanti. Tolong doakan bersama ya...?

AMIN...

Semoga ALLAH s.w.t. kabulkan doa kita ini.

PART III : OH,BUAH HATI KU... ANGAU...ANGAU... (03.03.08)

Semalam, saya keluar bersiar-siar bersama ibu dan ayah. Ibu sibuk mencari Nestle™ Cornflakes untuk CornflakesKacang (Cornflakes camput kacang yang memang orang suke... J ). Ayah pula sekadar mencuci mata. Misi saya pula lain, saya nak cari VCD filem ‘A Walk To Remember’ lakonan mantap Mandy Moore bersama Shane West. Memandangkan kami menuju ke Saberkas, salah sebuah pusat membeli belah yang sememangnya senantiasa dipenuhi manusia, jadi, senanglah sedikit pencarian saya. Di Saberkas ada kedai Speedy. Kedai ni jual VCD dan DVD original. Mungkin harganya sedikit mahal berbanding VCD dan DVD cetak rompak, tapi puas untuk ditonton. Tambahan pula, Speedy banyak menjual VCD dan DV cerita-cerita lama. Pernah saya beli VCD ‘Rain Man’ lakonan err...siapa ekk? Lupa pula. Ehhehe... Di kedai lain, susah nak cari VCD dan DVD lama-lama ni. Sebab tu lar saya suka ke Speedy. Dalam membelek-belek bekas-bekas VCD dan DVD, saya terjumpa set VCD yang memang sebenarnya saya cari semenjak saya form 4 lagi. Memanglah baru dua tahun yang lepas, tapi cerita tuh dilancarkan sekitar tahun 2001-2004. Dikira lama jugalah tu. Lagipun, ceritanya dari Korea, selalunya cerita dari Korea yang ada dipasaran tidaklah sebanyak cerita-cerita Inggeris. Tapi saya terkejut jugak tengok cerita tuh ada di kedai Speedy. Ehhehe...

Siri Korea tu sebenarnya pernah ditayangkan di NTV7 tahun 2006. Siarannya setiap malam pukul 9 malam. Mulanya saya tidaklah minat sangat nak mnontonnya, tapi berubah hati pula bila dah bebrapa kali menonton. Pernah program televisyen tergendala untuk beberapa malam, dan untuk beberap hari itulah saya hilang mood. Termasuklah suatu malam tuh, saya hadiri keraian Malam Kokurikulum di sekolah. Hati saya memang tidak tenteram sebab tak dapat tonton cerita tu. Yang menambahkan gundah saya, episod malam tu antara episod penting hero dan heroinnya. Mana tidak saya tak senang duduk.J

Ok...di sini saya selitkn sedikit tentang siri Korea tu ya.

Title: ALL IN
Cast : Lee Byung-hun, Song He-gyo, Ji Seong, Pak Sol-mi

Kim In-ha (Lee Byung-heon) is an orphan and grows up with gambler Kim Chi-su. He falls in love with Min Su-yeon (Song Hye-gyo) and makes friends with Choi Jeong-won (Ji Seong), the son of hotelier Choi Do-hwan (Lee Deok-hwa). Jeong-won becomes In-ha's best friend, he meets In-ha's girlfriend Su-yeon, and falls in love with her. In-ha is accused of murder by Jeong-won's father and makes an escape to the United States. In Las Vegas he meets a teacher of card games and becomes a professional gambler. After he wins the World Poker Championship, he returns to Korea to run a casino and hotel business. Back home, he contends for victory and success with his friend but rival, Jeong-won.

Hehe…maafla kalau sinopsisnya dalam Inggeris. Saya copy and paste saja.

Apapun, harganya yang buat saya sakit jantung (dan sakit hati). Untuk set sii All In ini, harganya RM 99.90!! Huh, sepuluh sen saja nak mencecah RM 100.00. Hurm…sebenarnya memang saya mampu beli set VCD tu masa tu jugak, tapi mungkin sebab saya ambil kira separuh daripada wang yang saya ada pada masa itu seharusnya saya depositkan ke bank dan kerana memang saya berhajat nak simpan pun, jadi saya batalkan niat dan sanggup tunggu sampai bulan depan. Kalau ALLAH kabulkan doa saya dapat cemerlang nanti, saya boleh mintak kakak saya yang belanja…ehhehhe… Apapun, saya masih berusaha untuk tidak membelanjakan wang yang ada pada saya. Tolak RM 30.00 untuk kad prabayar saya yang memang sudah disediakan jumlahnya untuk setiap bulan, nampaknya bulan ini, saya kenalah berjimat lebih. Hhehhe…

Lee Byung Hun, saya akan bli VCD tuh!!! Chaiyo2x!!! (mulalah tu.angau tak habis2)



Lee Byung Hun dan Song Hye Gyo...pasang secocok...ehe...tapi sayang dah tak jadi teman istimewa lagi dah...hukhue... :(