Sabtu, 26 Julai 2008

(^_^) NIH SEPATUTNYA POSTED WAKTU UJIAN DULU HAHAHAHA.... (^_O)



IMPIAN KASIH

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Lagu: Isman Isam
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Lirik: Ito Lara
Gurindam Entertainment

HIKMAH BERTUDUNG... INGATAN BAGI YANG TIDAK MENGERTI

Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini,

dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..



KISAH BENAR



Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa,
seoranggadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan
suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,
perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.



Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru
al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,
ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu
ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran
kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,
"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung,
tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.
Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu
keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.
Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"



Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.
Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.
Dalam qiamullailnya, terdengar lirik doanya
" YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".



Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa,
tak dapat dipastikan).Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami,
timbul desas desus mengenai isteri

Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya
si buta, bisu dan tuli.Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu,
isterinya buta,
bisu dan tuli?"



Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat,
pergi rumah mereka, tanya sendiri".Rupa-rupanya adik
mengambil serius kata-kata saya dan
benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari
rumah mereka,saya melihat perubahan yang
benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau
lesu menjadi pucat lesi......
entah apa yang dah berlaku?



Namun, selang dua hari kemudian, dia minta
ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju
labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..
bingung campur syukur kepada Allah SWT
kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib
kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda
atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk
bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...

Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam
(biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya
pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya,
baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi,
bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..
Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja
di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar
bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil
saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun).

Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada
Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu
saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu
sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....
saya berlari masuk ke dalam rumah..
saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu,

"Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"
air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara
pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik.
Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang
selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya
sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya
buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman
yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati
ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah
Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan
isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)



Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan

bersinar seperti bidadari

"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"



Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya

kecantikan itu datang

dari lubuk hati



Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi

masih kelihatan

cantik



Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya

keindahan itu milik Allah

SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang

boleh menolaknya?



Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu

menyuruh saya memakai

tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa

tak a da masalah kalau

saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan

baik.

Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi

kelakuannya melebihi

kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa

nak pakai tudung..

pendapat mak cik bagaimana?



Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT

menjadikan seluruh

tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga

hujung kaki, segala

sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan

muhrim kita semuanya

akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT

nanti, tudung adalah

perlindungan untuk wanita ..



Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita

bertudung yang

kelakuannya

tak elok..



Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi

hakikat atau makna

disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?



Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah

perlindungan zahir batin,

lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan

muhrim kamu,

lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan

bercakap perkara yang sia

sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada

Allah SWT, lindungi

telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang

mudharat baik untuk

dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari

mencium segala yang

berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari

berbuat sesuatu yang tidak

senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju

maksiat,

lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang

mengundang syaitan untuk

memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari

sesuatu selain Allah SWT,

bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai

akan menyinari hati

kamu..

tulah hakikat tudung



Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas

tentang erti tudung...

mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam

mana saya nak buat

semua tu?



Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung,
itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari
Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu
mensyukuri rahmat itu,kamu akan diberi kekuatan untuk
melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai
kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia
akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua,
pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran
dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas,
yang tanahnya dari logam yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan
di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita,
ketika seluruh manusia ketakutan,
ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,
anak tidak mempedulikan ibunya,
sanak-saudara tidak kenal
satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh
lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang
ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan
yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan
nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam
dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam
rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya,
ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,
ada yang berbentuk
seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya
menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka..
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang
mahsyar yang panas membara hinggalah
sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..
Duhai Annisa,bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini,
entah dengan apa nanti kita akan menjawab
bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar ,
Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .



Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana

di sini tulisannya

terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang

jatuh dari pelupuk

matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya

dan saya lihat

tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta ,

tuli dan bisu.. wanita

yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya

, wanita yang tidak

pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang

murka Allah SWT ,

wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala

sesuatu yang mengundang

dosa dan sia sia"



Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT

menerima adikku

disisinya..Amin



Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi

iktibar bagi kita

semua. Wassalam...



HUHUHU.....LAMA NYER!!!















ekk-owe!! hehehe...wah! lamanya tak update blog nih!!! hukhue...rindu jugak aku.hurm...neways, nih aku nak updatekan selagi aku sempat dan mampu nih....hope sumernya okeys yerh!!!perkembangan diri aku sendiri nih nanti2 je lah aku updatekan...harharhar...okies...enjoyz!!!