ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH, SALAM KASIH BUAT SEMUA...
Pernah tak terfikir atau merasakan bahawa diri kita ini kesunyian? Betapa kita memerlukan seseorang untuk berada bersama kita hamoir setiap waktu, tetapi tiada sesiapa yang ada untuk kita. Adakalanya kita harapkan seseorang akan menghulurkan tangannya untuk kita agar kita mampu berdiri dan terus berlari bersama mereka.
Saat ini Nur Edah kesunyian. Nur Edah berada beribu batu jauh dari rumah dan sendirian. Jauh daripada rakan-rakan dan semuanya. Hanya kenangan yang sentiasa setia mengiringi diri ini ke mana sahaja yang ingin ku tujui. Biarpun sebelum Nur Edah melangkah pergi meninggalkan tanah Kuching untuk ke Miri, Nur Edah berjanji untuk meninggal segala yang merunsingkan. Melupakan apa-apa sahaja yang memilukan dan menyedihakan serta menghapuskan kesedihan yang setia malam menusuk jiwa. Namun setelah berada di sini, tiada satupun yang mampu dihilangkan. Kesedihan, kebimbangan dan kerunsingan masih lagi menapak didalam benak. Sukar sekali rasanya untuk membuangnya jauh-jauh.
Kerinduan masih lagi menapak kuat. Tidak sepicingpun ingin meninggalkan diri ini. Soalan yang Nur Edah berikan sebelum pergi meniggalkan semua kenangan masih belum terjawab hingga saat ini. Masih lagi menggusarkan hati ini. Mengapa sukar sekali untuk kkita mengetahui jawapannya. Atau adakah kita terlalu tuli untuk mengetahui jawapannnya sedangkan sudah tersedia terbentang dengan jelas apa-apa yang sudah tertulis. Nur Edah seakan-akan sudah tahu jawapannya, namun terlalu takut untuk mengakuinya. Begitu sukarkah? Terasa pula diri ini bodoh kerana diperbodohkan dalam kebodohan yang nyata. Namun ada kalanya hati kita inginkan sesuatu yang melebihi kemampuan yang kita ada.
Bagi Nur Edah, mengapa perlu berdalih andainya dia tahu dirinya tidak lagi perlukanku?
p/s: Nur Edah merindui sahabat-sahabat seperjuangan dan sekolah Nur Edah.
Nur Edah rindui ibu dan ayah di rumah.
Insya-ALLAH minggu hadapan Nur Edah akan kembali.
Bergembiralah selalu tanpa melupakan batasan kita.
"Hargai dan nikmatilah sesuatu yang kita miliki sebelum kita kehilangannya."
Salam sayang selalu,
Nur Izzedah