Rabu, 5 Mac 2008

It's Me and Will Always Be Me...

Ada ketikanya, kita rasakan seolah-olah pintu hati kita tertutup untuk menerima sesuatu. Tak kitalah sama ada perkara itu baik atau tidak. Setiap yang hadir itu ingin kita tolak ke tepi semahu-mahunya. Pena-pena yang pernah dulunya rancak mencanting segala yang kita rasai dan alami, semakin lemah untuk mencipta lenggok mesra pada sekeping kertas. Semuanya akan kita rasai apabila kita dikecewakan. Seolah-olah perilaku sang bunga yang baru sahaja mahu mengembang dan mekar, tanpa disedari, mula menguncup kembali. Enggan melihat mentari yang seakan-akan menyakitinya. Begitulah hati seorang perempuan.

PART I : AKU MERINDUIMU...

Dah masuk enam bulan. Saya masih menunggu sebuah jawapan yang akan menentukan kedudukan saya yang sebenarnya. Sebetulnya saya sudah tidak perlu lagi menuggu jawapan itu kerana saya rasakan jawapan bagi persoalan itu sudah jelas di hadapan saya. Namun seperti kebiasaan, tanpa kepastian teguh, saya sukar untuk meyakinkan bahawa itulah realitinya. Bukan kerana saya enggan melepaskan, enggan mengakui atau enggan meneruskan perjalanan yang nyata masih jauh, tetapi, kepastian itu sebenarnya akan membantu mengukuhkan titian yang akan saya tempuhi. Saya tidak mahu apabila saya teruskan perjalanan ini dengan laju dan semakin hampir ke sebuah destinasi, masa silam kembali menghantui. Biarlah nanti, apabila pasti segalanya telah berakhir, saya mampu teruskan segalanya dengan tenang; tanpa sebarang kerisauan.

Dan tanpa sedar, saya masih merindui. Sudah saya cuba untukk hanya melupakan, tapi realiti hati seorang perempuan, terutamanya berkaitan dengan perasaan, selalunya tidak akan mampu untuk melupakan sepantas itu. Tidak semudah sebagaimana seorang lelaki yang bisa sahaja mencari pengganti. Memang tidak semua insan yang bergelar lelaki seperti itu, tapi resam kehidupan kebanyakannya menunjukkannya, KEBANYAKAN lelaki sebegitu rupa.

Saya tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam perihal ini. Jauh sekali menyalahkan takdir kehidupan yang ditentukan ALLAH s.w.t. Saya faham dan redha, sepertimana saya akan turut redha seandainya kata putus menjadi pengakhiran sesuatu yang amat saya sayangi selama ini. Mungkin ALLAH s.w.t. sudah menentukan akan ada yang lebih baik menanti saya dihujung pencarian nanti.

Saya tidak pernah menangis kerana kecewa, tetapi sebaliknya saya kan terus tersenyum kerana sekurang-kurangnya saya pernah merasakan bagaimana disayangi seorang lelaki selain ayah. Bagaimana dihormati dan bagaimana rasanya membina impian bersamanya walaupun impian itu tidak sempat untuk dijadikan sebuah kenyataan. Saya akan senantiasa tersenyum kerana sekurang-kurangnya insan penting yang pernah mengetuk hati ini sudah bahagia dengan pilihannya. Saya akan senantiasa tersenyum kerana dia masih menyayangi saya walaupun sekadar saudara seagama. Saya akan senantiasa bersyukur kerana kami saling memahami prinsip masing-masing. Walaupun adakalanya kami lakukan sesuatu yang melukakan, tetapi kami tetap berkompromi dengan perkara-perkara yang masih boleh diterima.

Memang sebuah perpisahan akan sentiasa menyakitkan, tapi ALHAMDULILLAH, perpisahan ini tiada tersulan kebencian. Perpisahan ini tidak akan menjadikan kami musuh, kerana kami hargai ukhuah yang terbina dan akan terus menjadikannya sebuah PERSAHABATAN. Siapa yang kata antara dua insan yang pernah saling menyayangi tidak akan menjadi sahabat apabila berpisah? Nyata anda silap kerana anda sendir terlalu melayani perasaan marah dan dendam.

Seandainya saya diajukan persoalan adakah saya merinduinya? Saya akan menjawab: “Ya. Tetapi sekadar merindui kasih-sayang dan penghormatan yang pernah diberikannya.”

PART II : SPM...SPM...

INSYA-ALLAH, minggu hadapan (12 Mac 2008) keputusan peperiksaan SPM 2007 akan diumumkan. Saya antara beratus ribu calon SPM 2007 tidak terlepas daripada perasaan gementar dan takut untuk menerima keputusan nanti. Risau juga seandainya usaha yang saya lakukan selama ini masih belum cukup. Siapa tahu akan ketentuan ALLAH, moga-moga keputusan kami cemerlang. Itu sahaja yang mampu aku doakan.

Masakan saya tidak gementar apabila ramai sahabat dan kenalan termasuklah saudara-mara yang seakan yakin dan pasti saya akan mencapai keputusan yang amat cemerlang. Saya semakin tertekan sebegitu. Memang tidak salah untuk yakin akan saya, tetapi saya sebenarnya takut jika keputusa nanti tidak seperti yang diharapkan. YA ALLAH!! Saya mohon agar tidak seperti itu. Saya mohon agar saya akan dapat apa yang saya inginkan. Malahan saya mohon agar kami semua mendapat keputusan yang amat cemerlang nanti. Tolong doakan bersama ya...?

AMIN...

Semoga ALLAH s.w.t. kabulkan doa kita ini.

PART III : OH,BUAH HATI KU... ANGAU...ANGAU... (03.03.08)

Semalam, saya keluar bersiar-siar bersama ibu dan ayah. Ibu sibuk mencari Nestle™ Cornflakes untuk CornflakesKacang (Cornflakes camput kacang yang memang orang suke... J ). Ayah pula sekadar mencuci mata. Misi saya pula lain, saya nak cari VCD filem ‘A Walk To Remember’ lakonan mantap Mandy Moore bersama Shane West. Memandangkan kami menuju ke Saberkas, salah sebuah pusat membeli belah yang sememangnya senantiasa dipenuhi manusia, jadi, senanglah sedikit pencarian saya. Di Saberkas ada kedai Speedy. Kedai ni jual VCD dan DVD original. Mungkin harganya sedikit mahal berbanding VCD dan DVD cetak rompak, tapi puas untuk ditonton. Tambahan pula, Speedy banyak menjual VCD dan DV cerita-cerita lama. Pernah saya beli VCD ‘Rain Man’ lakonan err...siapa ekk? Lupa pula. Ehhehe... Di kedai lain, susah nak cari VCD dan DVD lama-lama ni. Sebab tu lar saya suka ke Speedy. Dalam membelek-belek bekas-bekas VCD dan DVD, saya terjumpa set VCD yang memang sebenarnya saya cari semenjak saya form 4 lagi. Memanglah baru dua tahun yang lepas, tapi cerita tuh dilancarkan sekitar tahun 2001-2004. Dikira lama jugalah tu. Lagipun, ceritanya dari Korea, selalunya cerita dari Korea yang ada dipasaran tidaklah sebanyak cerita-cerita Inggeris. Tapi saya terkejut jugak tengok cerita tuh ada di kedai Speedy. Ehhehe...

Siri Korea tu sebenarnya pernah ditayangkan di NTV7 tahun 2006. Siarannya setiap malam pukul 9 malam. Mulanya saya tidaklah minat sangat nak mnontonnya, tapi berubah hati pula bila dah bebrapa kali menonton. Pernah program televisyen tergendala untuk beberapa malam, dan untuk beberap hari itulah saya hilang mood. Termasuklah suatu malam tuh, saya hadiri keraian Malam Kokurikulum di sekolah. Hati saya memang tidak tenteram sebab tak dapat tonton cerita tu. Yang menambahkan gundah saya, episod malam tu antara episod penting hero dan heroinnya. Mana tidak saya tak senang duduk.J

Ok...di sini saya selitkn sedikit tentang siri Korea tu ya.

Title: ALL IN
Cast : Lee Byung-hun, Song He-gyo, Ji Seong, Pak Sol-mi

Kim In-ha (Lee Byung-heon) is an orphan and grows up with gambler Kim Chi-su. He falls in love with Min Su-yeon (Song Hye-gyo) and makes friends with Choi Jeong-won (Ji Seong), the son of hotelier Choi Do-hwan (Lee Deok-hwa). Jeong-won becomes In-ha's best friend, he meets In-ha's girlfriend Su-yeon, and falls in love with her. In-ha is accused of murder by Jeong-won's father and makes an escape to the United States. In Las Vegas he meets a teacher of card games and becomes a professional gambler. After he wins the World Poker Championship, he returns to Korea to run a casino and hotel business. Back home, he contends for victory and success with his friend but rival, Jeong-won.

Hehe…maafla kalau sinopsisnya dalam Inggeris. Saya copy and paste saja.

Apapun, harganya yang buat saya sakit jantung (dan sakit hati). Untuk set sii All In ini, harganya RM 99.90!! Huh, sepuluh sen saja nak mencecah RM 100.00. Hurm…sebenarnya memang saya mampu beli set VCD tu masa tu jugak, tapi mungkin sebab saya ambil kira separuh daripada wang yang saya ada pada masa itu seharusnya saya depositkan ke bank dan kerana memang saya berhajat nak simpan pun, jadi saya batalkan niat dan sanggup tunggu sampai bulan depan. Kalau ALLAH kabulkan doa saya dapat cemerlang nanti, saya boleh mintak kakak saya yang belanja…ehhehhe… Apapun, saya masih berusaha untuk tidak membelanjakan wang yang ada pada saya. Tolak RM 30.00 untuk kad prabayar saya yang memang sudah disediakan jumlahnya untuk setiap bulan, nampaknya bulan ini, saya kenalah berjimat lebih. Hhehhe…

Lee Byung Hun, saya akan bli VCD tuh!!! Chaiyo2x!!! (mulalah tu.angau tak habis2)



Lee Byung Hun dan Song Hye Gyo...pasang secocok...ehe...tapi sayang dah tak jadi teman istimewa lagi dah...hukhue... :(


Khamis, 21 Februari 2008

SALAM n greetings to all...

WOW! It has been so long since i've updated this blog huh? perhaps too long yeah.sorry lerr...nur izzedah sibuk jugak kebelakangan nih...sbenarnya b4 nih memang banyak yang nak dicanting kat cnie...tapi bila dah duduk menghadap komputer nih, hilang pulak...ehe...

Rabu, 12 Disember 2007

Ku Masih Merinduimu...

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH, SALAM KASIH BUAT SEMUA...

Pernah tak terfikir atau merasakan bahawa diri kita ini kesunyian? Betapa kita memerlukan seseorang untuk berada bersama kita hamoir setiap waktu, tetapi tiada sesiapa yang ada untuk kita. Adakalanya kita harapkan seseorang akan menghulurkan tangannya untuk kita agar kita mampu berdiri dan terus berlari bersama mereka.

Saat ini Nur Edah kesunyian. Nur Edah berada beribu batu jauh dari rumah dan sendirian. Jauh daripada rakan-rakan dan semuanya. Hanya kenangan yang sentiasa setia mengiringi diri ini ke mana sahaja yang ingin ku tujui. Biarpun sebelum Nur Edah melangkah pergi meninggalkan tanah Kuching untuk ke Miri, Nur Edah berjanji untuk meninggal segala yang merunsingkan. Melupakan apa-apa sahaja yang memilukan dan menyedihakan serta menghapuskan kesedihan yang setia malam menusuk jiwa. Namun setelah berada di sini, tiada satupun yang mampu dihilangkan. Kesedihan, kebimbangan dan kerunsingan masih lagi menapak didalam benak. Sukar sekali rasanya untuk membuangnya jauh-jauh.

Kerinduan masih lagi menapak kuat. Tidak sepicingpun ingin meninggalkan diri ini. Soalan yang Nur Edah berikan sebelum pergi meniggalkan semua kenangan masih belum terjawab hingga saat ini. Masih lagi menggusarkan hati ini. Mengapa sukar sekali untuk kkita mengetahui jawapannya. Atau adakah kita terlalu tuli untuk mengetahui jawapannnya sedangkan sudah tersedia terbentang dengan jelas apa-apa yang sudah tertulis. Nur Edah seakan-akan sudah tahu jawapannya, namun terlalu takut untuk mengakuinya. Begitu sukarkah? Terasa pula diri ini bodoh kerana diperbodohkan dalam kebodohan yang nyata. Namun ada kalanya hati kita inginkan sesuatu yang melebihi kemampuan yang kita ada.

Bagi Nur Edah, mengapa perlu berdalih andainya dia tahu dirinya tidak lagi perlukanku?

p/s: Nur Edah merindui sahabat-sahabat seperjuangan dan sekolah Nur Edah.
Nur Edah rindui ibu dan ayah di rumah.
Insya-ALLAH minggu hadapan Nur Edah akan kembali.

Bergembiralah selalu tanpa melupakan batasan kita.

"Hargai dan nikmatilah sesuatu yang kita miliki sebelum kita kehilangannya."

Salam sayang selalu,

Nur Izzedah

Jumaat, 14 September 2007

PUASA...OOOO...PUASA....

1 RAMADHAN

hurm...hari nih first day Ramadhan...huehuehue...memang terasa lain macam jer...best wooo...ekkekke... tapi hari nih kitorang sumer kene seat untuk ujian penilaian dari Lembaga Perperiksaan Malaysia untuk SPM tahun 2007.Huehuehue...letih gakk...kene baca memacam jer...Nur Edah kene paper chemistry...kitorang sbenarnyer kene seat paper secara randon...different person, different paper n different module...hurm...ok larh kot...ekke...lepas tuh kene lak stay sampai pukul 12.30 tgh hari...huehuehue...ingatkan da bleyh balik da...huehuehue...since tak der bawak buku lain, so Nur Edah borak2 ngan kawan Nur Edah jer lah...nak watt per?huehuehue...n kalau dok dalam kelas pun bukannya dapat tenang sgt...asyik tgk org lain jer...huhuhu...tak gune...wehehek...

ada gakk tanya kat sorang kawan nih betul ker berita yang Nur Edah dengar ttg dier...pilu arh hatie nih bila dapat tau...huehuehue :(

berbuka puasa lakk, nasib sempat sampai rumah tup2 orang da pukul beduk. da masok waktu...cun2 tuh!wehehek...


2 RAMADHAN

hari nih kami maseh seat for exam...hari nih Pendidikan Islam kertas 1 dan 2. huarhaurhar! susah nyer struktur Pendidikan Islam Kertas 1!!! huarhuahrua...sedih!!! hurm...tapi, ok larh kot...entah...still no berita daripada dia...tak per...sabar jer...tempoh 3 bulan dah hampir tamat...chewahh!!! macam pernah aku dgr tempoh menunggu tiga bulan nih...bukan 2 iddah cerai mati ker???!!! ALLAH! wehehehek...

petang pergi kelas Pysics ngan uncle phang....ehhehhe...best!balik tuh sempat main ngan raudzah n gio...main computer games...wahahak!


pegi 2sen lakk tumpang bibik...hurm...awal gakk sampai...apapun, Nur Edah, bibik n kak janova pergi Black Pepper Jentayu (burger) untuk bli juadah berbuka...wehehek..beli burger n mashed potato da cukop da...wahaha...

berbuka puasa lakk...Nur Edah, tasya n ajmal berbuka sama2 dalam kelas...huarhuarhuar...bibik pun ikut sama...semangat lakk blaja kelas petang nih tadie...wahahak...

SALAM RAMADHAN





ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
dan SALAM MANIS

ALHAMDULILLAH...ALLAH S.W.T. panjangkan umur kita untuk sekali lagi merasakan salah satu nikmatnya. Ramadhan datang lagi dengan seribu pengertian. Walaupun tahun ini Nur Edah terpaksa untuk tidak terlalu memikirkan perkara lain selain Perperiksaan Umum yang bakal dihadapi tidak lama lagi, namun Nur Edah masih ingin nikmati Ramadhan kali ini. Siapa tahu mungkin tahun hadapan ALLAH tentukan Nur Edah mungkin tak akan merasainya lagi. Sebenarnya Nur Edah ingin nikmati setiap saat yang ALLAH anugerahkan kepada Nur Edah. Sebagai seorang insan, setiap saat itu indah dan seharusnya dinikmati dan dihadapi dengan penuh hikmat.

Buat semua teman, handai dan taulan. Sepuluh jari kususun memohon seribu keampunan andainya ada salah dan silap sepanjang pertemuan kita. Maafkan kiranya ada segala yang perlu dan berhak dimaafkan. Bagi Nur Edah pula, Nur Edah maafkan segala apa yang berhak Nur Edah maafkan.
Akhir kata, serungkai keikhlasan Nur Edah ucapkan buat anda semua...


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN MENJALANI IBADAH PUASA

Rabu, 5 September 2007

It's Hard Enough To Say It Aloud!!

SALAM...

belum pun bertukar tarikh, nur edah dah update satu lagi post untuk blog nih...hurm...sebenarnya nur edah memang dari tadi online. memandangkan malam ni nur edah rasa macam tak ngantok sangat jadi online larh sementara ada masa. sebab kiranya lepas nih tak online seboleh-bolehnya dalam masa dua minggu. kalau offline selama dua tiga minggu tu dah menjadi perkara biasa bagi nur edah sebab memang selalunya nur edah tak online sangat. anyways, hari nih hari rabu kan?hurm...apa yang jadik hari ni yekk??ehhhek...
hurm...mase skewl biasa jer...juz ada ckit tension sebab pening memikirkan add math yang asyik2 lingkup...huehuehue...sedih btol hatie ngan prasaan nih...huehuehue...kalau nak cakap tak belajar, belajar lagi ader larh...! hurm...susah...susah...yang susah bikin kronik nyer, sebab tak faham konsep!! huikhuikhuik...kuciwa...kuciwa...hurm...ALHAMDULILLAH, masa biology pagi tadi dapat jugak faham beberapa perkara berkaitan topik2 lepas...hurm...syukur la tuh...hehehe...recess ntah saya buat apa saya dah lupa ekkekke...


waktu math sumer orang sibuk nak tengok kedudukan dalam kelas.hurm...saya masih sedih ngan purata...trok giler...purata tuh tak cun ngan expectations...spatut nyer, dapat 3.00 pointer...sekureng2 nyer larh...nih habuk...4.00 pointer...cikgu cakap, lagi kureng, lagi bagos..huehuehue...cedeyh!!!

waktu add math lagi tambah tension!!!huehuehue...nasib terserempak dengan puan rosmeela...so, tanya larh kalu-kalu dia buleh tolong ajarkan chapter 9 f4...ALHAMDULILLAH... dia bagi kelapangan n bulleh datang tanya...ehehehe...kene larh pandai2 kalu nak idop labu...ekke...bi kami tak wat apaper sangat...wat kertas kerja je...so, lanyak larh...!p wat keje tuh jer...n ada gakk sembang2 ngan kawankue, pqah n echah...ekke...



anyways, hari ni 5 September...sebenarnya, kalau kita masih together, nur edah rasa, hari nih mesti kitorang celebrate or atleast wish each other...hari nih genap satu tahun 1 bulan...tapi memandangkan perjanjian 3 bulan tuh dikuatkuasakan, well, i dun think kami akan buat apa-apa...hurm...

apapun, nur edah misses the times mase kitorang happy dulue...i wish i could turn back time...tapi, itu mustahil...apapun, nur edah harus akur dan memahami...nur edah pun sedang berusaha untuk fokus kembali, ALHAMDULILLAH, ALLAH berikan kemampuan kepada nur edah untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dan memberikan kekuatan untuk nur edah agar sentiasa tenang dan sabar dalam menimba ilmu pengetahuan. apa yang nur edah perjuangkan tidak akan sewenang-wenangnya digugat...i'm being professional. nur edah tak mix up antara personal matters n studies...itu nur edah pasti...walaupun dia mungkin tak ingat tarikh hari nih, atau sengaja tak nak ingat tarikh hari nih, atau mungkin sebab ada insan lain di hatinya saat ini, nur edah masih rasakan tanggal 5 setiap bulan tarikh yang istimewa. biarlah...biarlah masa yang menentukan...adoi!! hati nih terperangkap!!huehuehue...



tapi, eventhough dia tak cakap apa-apa tentang hari nih, nur edah masih bersyukur sebab hari ni, nur edah sedikit sebanyak ada beri semangat kepadanya tika dia hampir putus asa.cuma nur edah harap apa yang nur edah kongsikan bersamanya pagi tadi mampu membuka matanya agar sentiasa bersemangat menempuh kehidupan yang penuh dengan ujian ni. AMIN...

opss...sama berlalu cepat larh...hurm...nur edah tak sedar rupa-rupanya hari dah nak masuk 12.00 tgh malam...hurm...i'm still thinking of him...yup...what to do...sekarang masa lapang. masa rehat...i'm surely be thinking bout him...n those sweet memories we shared together...simple but sweet... dan sekarang nih, nur edah sedang dengar lagu yang dia dadicate untuk nur edah sebelum kami berpisah untuk bercuti tahun lepas...hurm...miss that time...ehehe...

ntahlah...i mean, tak de mesej lagi dari dia.dia lupa kat saya ker?hurm...or mungkin dia dah ada pengganti...hari tu kata janji yang kami mesti masih berhubung...hurm...i dunno what to do...hurm...biarlah...tapi nak biarkan, hati pulak terluka...tak fahamlah!huehuehue...hati nih takleh cakap ape yang nak dicakapkan...takleh luahkan ape yang dirasakan...huehuehue...

huehuehue...rindu plak mase2 berbalas mesej dlu...swonok!banyak bende yang dibualkan...i mean, 8least nur edah guna duit sendiri untuk kredit2 tuh...heheh...n kami selalu cakap pasal cita-cita...plans for the future...i mean, nak keje kat mana, further studies kat mana, wat pe lepas tuh...n ada gakk share stories bout families...hehehe...probably satu langkah untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat.hurm...sebab tuh larh terfikir lak...dia lupa kat saya ker?hurm...takper...takper...hurm...siapalah kita nih...tak istimewa mana pun untuk orang tuh...hurm...

memang kita lain-lain situasi sekarang nih. saya tak tau awak wat per...saya tak tau kalu awak rasa apa yang saya rasa. saya tak tau kalu awak ingat apa yang awak cakap arie tuh. saya pun tak tau kedudukan awak. kita dalam situasi berbeza...awak dalam cawan satu, n saya pulak dalam cawan yang satu lagi...berbeza sangat2...maybe awak hadapi dengan cara yang berbeza, saya lak hadapi ngan cara saya sendiri...tapi, kalu awak perlukan saya untuk berbincang or berbual...jangan lupa, saya pun ada lesen PRS, saya terima awak n beri ruang untuk berbicara...hurm...aduih...susah...susah....hurm...takper...i'm still alive n i'm surviving what's there for me...uhuem...(macam larh dier baca nih...hurm...lantak larh...!)

rindu nyer!!!!!! setiap hari hidup menjadi semakin susah untuk ditangani...huehuehuehue...lagi2 pulak next week ujian...mesti cikgu 2sen tuh cakap akue bodoh lagi minggu nih...huehuehue...takper...yang pasti, nur edah tau nur edah tak bodoh...n tak der sesape yang berhak cakap nur edah bodoh...sebab kalu dier cakap orang lain bodoh, sebenarnyer dier lagie bodoh daripada orang yang dimaki bodoh tuh...wahhahk!huehuehue...susah btol kalu kita nih jenis yang tak pandai berterus-terang kalu sentuh pasal hati dan perasaan dan kalu bercakap tentang kita...



=izzan nur rafiedah=
05/09/2007


HOW TO LOVE A GIRL

Love the girl in your heart, not in your mind.
If you base your relationship on feelings,

it will fail for there are ups & downs in feelings.
Girls are there to be loved, not toyed around.

Love her for who she is.
Don't even think about changing any bit about her.

6 billion people in this world
& 6 billion different personalities.
She's special & she will stay that way.
You change any part of her,
you'll change her forever.



Don't substitute her for anyone else,

they are just unique in their own ways.

Love whole-heartedly. She sacrificed a lot for you
so you'd better really treassure her. She could
have just got up & date a so much more dashing
guy in town but she chose you instead all
because of love. So love her guys, not play with her.

Don't just get the girl to beg you to stay or
whatsoever. If you're with her, love her. Don't
cause a strain in the relationship, you'll end up
loving each other out of pity or charity, that's not
respecting love at all. Respect love the way it is &
everything will be the best it can be.

Don't expect perfection from her. She's the only
one in the world & she's done the best she could.



Like another girl while you're in a relationship?
Then I think it's time you remain single for a while.
Don't go around breaking girls' hearts, it's the most tragic thing to do.

Tell the truth, never hide anything from her. If you
want her to tell you everything, do the same. Don't
go calling other girls "honey" or "darling", how
would it feel if your girl calls other guys the same
way? Be faithful, enough is enough.

Socialise only when you're single. You socialise &
flirt around is to get the girl of your dreams. Get it over when she's already yours , don't ask for more.



It never kills to be romantic. Think, be flexible.
Getting that diamond ring isn't the only gift for her.
Be realistic, she's human & she lives life just like
you. Something sweet & simple always get the job
done. Money doesn't exist between couples, it's the love.

Never promise her that you'll love her forever
because your forever might end the next day.
Love her as if each day is the last.

Sweet talks only apply for singles, not for
attached guys. Do that & you'll really break your
girl's heart. Isn't good being too well-known too, it'll
give her a sense of insecurity. Remember, INSECURITY.

Promise her & make sure you never break it.
Swear to her & make sure you keep it. Pledge
your love to her & her alone.

Loving her is giving her your heart to break it but
trusting her not to. Instead, she'll cherish it &
protect it. That's love. Give her your heart, your life,your everything.

Lay down your life & prepare to die for her when
the need arises. But stay strong & live through
another day, she can never live without you.

Never, ever walk out of her life. She won't just cry
her heart out & carry on living as per normal, she'd
die. Its her heart that you've broken, how would
you ever know how she feels?

Winning a girl's heart isn't the final victory. Don't
leave her once you've won her love. Love her all
the way till the end of time, love her till marriage,
love her till old age, love her till death. If you can
love her till the end of time, you've earned the
honor & respect for you've truly loved her.



She chose you because she believes that you can
fulfill your promise. Win her heart & love her over.
Remember, the girl isn't a trophy for display, she's
someone to love, not to show off to your "friends".
Stay humble yet proud that she's the one for you.
Respect her for the way she is, never despise her
& never mistreat her, never even think of toying with her...


=COPY N PASTE FROM ANOTHE SITE-CREDITS TO THE WRITER=