Ahad, 22 Julai 2007
BERATNYA HATI MENANGGUNG
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera... maaf seandainya bingkisan saya kali ini mengguris pihak-pihak tertentu atau menmpal jijik atau perasaan menyampah pembaca... semamangnya lama sudah saya tak berkesempatan meng'update'kan blog ini. terlalu sibuk dengan urusan yang lebih penting. sebelum saya menduduki perperiksaan dan ujian percobaan yang bakal menjelang, ingin sekali saya membuat beberapa pengakuan yang saya kira perlu bagi meringankan sedikit beban di hati. agar saya tenang dalam melalui hari-hari terakhir sebagai anak sekolah. buat teman-teman yang membacanya, seribu kemaafan saya pohon seikhlas hati. kerana tujuan bingkisan ini bukanlah untuk memberi aib atau menyinggung anda semua. tetapi sekadar luahan rasa yang saya rasa perlu bagi ketenangan dan membuka pintu faham-memahami antara kita. sebenarnya, telah lama saya pendamkan sahaja agar tiada sesiapa yang akan jelek atau membenci seandainya saya utarakan keluhan ini. namun realitinya, memang teramat berat untuk saya tanggung apatah lagi setiap hari yang berlalu, saya terpaksa menanggung tambahan lukanya. teman-teman yang saya amat sayangi, sebenarnya selama ini saya tidak pernah lepas daripada terasa dipinggirkan. saya tak tahu mana salahnya atau mungkin kerana faktor jarak yang menjadi pemisah, maka kita seakan-akan semakin berjauhan. namun apa yang menambah luka ini adalah, mengapa sentiasa dalam semua perkara, saya yang terakhir yang akan mengetahuinya? sedangkan ada lagi teman kita yang lain yang jauh sudah tahu perihal perkara itu. mungkin bagi anda semua, untuk saya mengetahui perkara yang senantiasa anda semua kongsikan adalah tidak perlu. tidak menjadi halnya seandainya saya tidak tahu menahu perihal itu. mungkin kerana saya sentiasa berlagak tidak ambil peduli akan apa sahaja yang mungkin anda semua bualkan.tapi, kenyataannya, saya sentiasa terasa tersisih apabila ada sahaja perkara yang baru itu tidak pula beritahu kepada saya. kadang-kadang anda seuka berbual mengenai sesuatu perkara tetapi tidak melibatkan saya dalam perbualan itu walaupun secara zahirnya, saya sepeti tercongok kosong tidak tahu apa-apa. dan anda seakan-akan menutup sesuatu itu sebagai rahsia anda sahaja. memang selalu anda lakukan begitu. mungkin keadaan saya tang seperti ini menjadi alasan kenapa saya tidak perlu mengetahui rahsia itu. teapi pernahkah anda fikirkan perasaan saya? kita gelarkan diri kita sebagai teman karib. tetapi sejauh mana benarnya?dahulu memang kita sahabat yang paling akrab dan karib. hampir semua rahsia kita kongsi dan saya akan menjadi anatara insan yang terdahulu untuk mengetahui perihal yang penting dalam hidup anda. tapi kini, aaya menjadi yang terkebelakang bahkan orang yang bukan dianggap karib pun menjadi tahu lebih awak daripada. dahulu kita sentiasa bersama. namun perihal kebersamaan tiu bukanlah apa yang ingin saya tekankan. saya perhatikan situasi sekarang ini, kita semakin menjarak jauh. anda akan bersama rakan karib kita yang seorang lagi dan adakalanya anda melupakan kewujudan saya. dalam diam sebenarnya saya terasa. terasa seakan-akan saya tidak penting. sehingga ada masanya saya asyik terfikir apa kekurangan saya. suatu ketika dahulu, saya keseorangan. tiada sesiapa yang ingin menjadi rakan karib saya. sebabnya, saya sendiri tidak pasti. kemudian anda hadir sebagai teman karib yang setia. namun semakin detik berlalu, semakin jauh jarak kita. maaf seandainya anda terbeban dengan persoalan ini... buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, dan senantiasa setia menjadi sahabat saya, 1000 pernghargaan buat anda. semoga apa yang kita pupuk ini abadi. kemaafan saya pohon andainya anda terasa atau terluka. namun sepeti apa yang saya katakan sedari awal lagi, ini adalah luahan hati saya. rahsia yang saya simpan sendiri selama ini. pengakuan yang seterusnya, berkenaan topik teman lelaki atau buah hati. maaf andainya ada antara anda jelek dengan pengakuan ini. saya benar-benar memohon maaf. secara realitinya, saya sebenarnya tidak berapa suka untuk menghebohkan diri saya dengan orang lain. namuan acap kali saya terasa seakan-akan ditutup oleh orang lain, saya akan berkongsi cerita tentang 'rahsia' saya. berkenaan lelaki, maaflah azreen, saya tahu awak tak selesa setiap kali saya berbual tentang perkara ini. namun selalunya, saya bualkan tanpa saya sedari. saya tahu awak mmg perfect dalam perkara-perkara ini (bukan sengaja nak menyinggung, tapi itu satu pujian) ya, satu pujian ikhlas daripada saya. awak, zana dan zrah sebenarnya beruntung kerana dapat menangkis perasaan yang sedang saya alami. manusia, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. rupa, gaya, jantina dan umur mungkin sama, tapi kenyataannya, pemikiran dan pendirian kita berlainan. dan anda semua dikira beruntung kerana tidak menghadapi situasi saya sekarang. bukan menyindir, jauh sekali untuk mengutuk atau apa sahaja. tapi itu pandangan saya secara peribadi. saya tabik anda semua kerana anda tidak perlu memikirkan tentang lelaki dalam hidup anda. anda mampu menangkis pemikiran itu dan terus fokus terhadap pelajaran dan diri anda sendiri. namun ini pengakuan saya, saya tidak pernah berasa bangga apabila mengatakan saya jatuh hati. sebenarnya saya sentiasa merasa tidak selamat untuk jatuh hati tika diri masih muda. saya sentiasa rasa kekurangan apabila berada dalam kalangan ada semua apabila saya inagt situasi saya yang berbeza. berbeza daripada segi saya sedang menyukai seseorang. saya tak pernah bangga memperkatakan tentangnya. ALHAMDULILLAH, syukurlah anda tidak perlu menghadapinya seperti sebagaimana saya perlu hadapinya sekarang.
seperti yang saya katakan sedari awal lagi, ini satu pengakuan. pengakuan serta luahan hati saya. saya mohon anda jangan memandang serong akan pendirian saya, walaupun anda tidak menyenanginya. MAAF. sebenarnya, setiap kali saya berbual mengenai 'dia' dengan anda bertiga, saya rasa canggung dan sentiasa malu terhadap saya sendiri. saya hanya menangis di dalam hati setiap kali mendengar komentar-komentar yang ada kalanya menoreh luka. dan ada kalanya, saya terfikir sendiri, mungkin perbezaan kita ini menandakan bahawa taraf saya tidak sama tingginya dengan taraf anda semua. MAAF. namun saya anggap itu ujian yang harus saya hadapi. ujian ALLAH terhadap kita semua tidak sama.
rasanya, tepat untuk saya katakan bahawa saya secara realitinya hipokrit terhadap diri saya sendiri. saya hipokrit apabila mengatakan saya tidak ambil peduli dengan pandangan orang lain terhadap diri saya. maaf sekali lagi. saya sentiasa terluka sendiri apabila secara zahirnya saya katakan saya tak kisah, namun hati ini juga yang menanggung luka.
kita matang melalui beberapa situasi berbeza. anda mungkin matang dalam pelajaran, kehidupan anda sendiri, matang dalam melakukan keputusan dan sebagainya, tapi saya pula, matang dalam mengenal hati diri saya sendiri. itu yang membezakan kita. dan anda akan mengalaminya juga suatu hari nanti.hanya faktor masa yang membezakannya.
buat insan-insan ayng saya sayangi kerana ALLAH, ketahuilah bahawa walau apapun yang terjadi, saya akan tetap menyayangi anda semua. tidak kira apapun yang terjadi. INSYA-ALLAH, kita akan tetap bersama selamanya. doakan kejayaan, kesejahteraan dan ketenangan saya dalam menghadapi semua ini. saya akan turut serta mendoakan untuk anda juga.
buat teman-teman yang membaca luahan hati ini, maafkan saya seandainya anda terasa atau terluka dengan apa yang perlu saya khabarkan. maaf, bukan saya tidak mahu bersemuka, namun setiap kali bersemuka, pasti ada yang menghalang saya untuk meluahkan segalanya.
semoga ukhuah yang kita ikatkan ini menjadi sesuatu yang abadi...
=nur edah rafaie=