Khamis, 24 November 2011

PENAT TAK SUDAH2

ASSALAMUALAIKUM...

hye semua...

kiutnya kucing nih...mmg cam aku...aahahaha...thanks to the source. pinjam gak ye gambar nih.


YA ALLAH, penatnya! itu je yang dapat izzie katakan malam ni. bak kata orang sarawak, "KEPAK KAMEK!!" seriously penat sesangat. hari nih satu-satunya hari yang akan pack untuk sepanjang sem nih sebab izzie kena atur jadual supaya tak clash semua kelas. tapi itulah kan...sebab tak nak clash kena pulak macam nih. pack. tapi tak apa, rabu free gila sesangat. ok la tu. kan?? hari nih kelas mula pukul 8 sepatutnya untuk kelas AIS280 ngan Mdm Lulu. Tapi dia MC, so takde kelas sempat sambung tido melingkar atas katil lagi sampai pukul 9 lebih baru bangun and bersiap2 nak ke kelas. boleh rileks lagi tu. kelas pukul 10 sampai 12 pulak kelas FAR250 ngan Mdm Mariam (salah satu kod yang teramatlah aku lemah and susah nak paham tapi berikhtiar untuk dapatkan capaian terbaik sem ini insya-ALLAH). balik tgh ari rileks makan2 sekejap. pastu turun lagi untuk kelas pukul 2 sampai pukul 4 petang, kelas ECO211 dengan Sir Chong.

Petang tu pergi la bilik Eein sebab dengarnya dia sakit tadi. Izzie, Eein ngan Fit memang rapat jugak la...kot. Kami selalu kuar sama2, dan g kelas sama2. Lepak pun sama2. So rileks2 kat bilik dia kejap pai hujan lebat turun (alhamdulillah baju yang di jemur kat laundry tak basah dek hujan lebat ngan angin tadi.) dahkeb tu tak dengar ada mesej kata meeting persatuan pukul 6. ingtkan pukul 7 aduih. nasib baik kawan panggil, kalau tak naya den.

Ha...meh2, izzie kongsi sikit sal meeting tadi. Tadi kitaorang berbincang sal Exco2 baru MeDIA. MeDIA nih kira persatuan fakulti la. Maksudnya Members of Diploma In Accountancy UiTM Samarahan. Disebabkan ada beberapa orang exco tertinggi lama yang nak bersara, jadi kami nak cari penambah exco baru. So, bermulalah perbincangan. Tapi alik2 izzie ngan kawan sorang (James) men game pulak sebab lambat sangat. ahahaha...sambil menyelam minum air la kiranya. ngilang ngantok yang bertambah2 dengan nak g toilet lagi.adoi. So, tapi ada undian untuk jawatan pengerusi. izzie takda la letak harapan nak jadi pengerusi sebab tau la sejauh mana kelebihan dan kepandaian izzie dalam bab2 financial accounting nih. walopun pointer naik kali nih, tapi masih tak berkeyakinan sangat. so izzie undilah kawan izzie nama James tadi tu...tapi alik2 bila Mdm baca undian yang diorang buat, erk!!! kenapa lak la kena jadi Pengerusi Media untuk dua semester yang akan datang. Alhamdulillah sebab ada jugak orang yang percayakan kebolehan izzie dan harap2nya izzie tak mengecewakan diorang tuh. adui....tak nak...tak nak...insya-ALLAH izzie akan buat yang lebih baik dan berikan kerjasama kat semua yang bertugas sebagai exco MeDIA. mungkin ini cabaran untuk izzie kot. izzie dah mintak tukar tadi tapi diorang cakap tak payah tukar2 so redha je lah. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya nih kot. lagipun izzie percaya, ALLAH tidak akan menurunkan ujian kepada hambanya sekiranya hambanya tidak mampu untuk menanggung ujian tu. so, ALLAH sayang kat izzie, jadi dia nak uji izzie mampu ke tak. izzie tau izzie mampu, cuma belum jumpa lagi buktinya. doa2kan lah ye...

so, balik tadi dah dalam pukul 10. uik!!! lewat gak kan...ehehehe...penat dh nih. on9 pun sekadar nak update blog nih. nanti la cerita yang lain2 yang jadi sepanjang minggu pertama kuliah nih yeh. tunggu ada tenaga dan ilham...ahahaha.

ok...til then, sayang korang...papai.

p/s:: si hero sungguh gentleman tolong semalam. thanks awak...ehehehe...sempat gak puji dia ensem...i mean memang betul apa, dia nampak ensem. kawan je, kan.....? buat saya senyum sendiri2 pulak ... adoi!