assalamualaikum...hye korang..
sekali lagi...nak update. ingtkan nak update Jumaat lepas tapi balik jalan2 kepenatan pulak tambah ngan line yang memang 'bagus' kat asrama...balik2 hari nih, sakit belakang pulak...tapi jalan jugak sebab ada benda nak dibeli. anyways, sebelum aku lari dari punca idea sebenar aku nih, baik aku teruskan.
JUMAAT
Pagi tu kelas AIS...aku g ngan tidak bermaya sebab sakit perut n rasa nak muntah. Sepanjang minggu aku makan satu meal sehari tanpa banyak makanan ringan atau tambahan. So, aku paham jugakla. Alhamdulillah, turun 1 kg. okok...sambung2. so sakit perut sangat. tapi, nak jalan2 tengahari tuh.so gagahkan diri untuk kelas seterusnya. semester nih, aku suka hari jumaat. sebab kelas best. lepas kelas aku mintak tolong kawan aku ato papan notis sekejap. dah tuh, aku baru perasan aku dah lambat nak balik utk solat zuhur n nak kemas untuk keluar petang tu.
adoi!!
actually, the plan for that evening was supposed to be for Wednesday. tapi tukar sebab aku duty untuk kadet bomba. so, aku kenakan baju merah petang tu sebab that is the only blouse that i have then...lupa nak bawak baju jalan2 bila balik isnin tu. aku excited nak kuar petang tu...sebab aku kuar ngan kawan aku n 'abg korea'.
jadi, by 2 kami dah mula gerak dari uitm ke the spring kuching. aku drive...ngahaha...can u believe it???
so, sampai2 spring pulak dah lambat nak tengok wayang Puss in Boots pukul 2.15 ptg. so kami beli tiket utk show pukul 4.15 ptg. then, kami pergi makan kat Manhattan Fish Market. sedap...walaupun harga dia boleh tahan mahal, tapi sekali sekala, takpa la kot.
lepas makan, baru kami tgk cerita Puss in Boots. best...lawak...ngahahaha...rasa cam bebudak lagi la pulak.ahahaha. lebih seronok sebab ada kawan2 temankan.
lepas tgk wayang, aku, biha n 'abg korea' g jenjalan...aku g aussino sebab nak belikan hadiah untuk mama n bapak utk anniversary diorang minggu depan. i got them a set of towels...nampak cute and sweet. then jalan2 pulak ke mph, nak cari ombak rindu. hati berbunga2 sebab 'abg korea' jalan nga kita.ekeke...(perasan nya aku nih)
pastu masuk padini pulak...baju perempuan tak banyak yang menarik perhatian...yang lelaki punya pulak cantek2. tapi memandangkan aku nih perempuan dan aku takda sesapa nak bagi baju camtuh, aku tgk and jalan aje...harharhar...
sebenarnya dala masa berjalan tu, otak ligat berfikir, agaknya patut tak aku bagitau kat seseorang rasa hati nih..?tapi akhirnya, aku cam tak dapat nak bagitau...sedih...tapi tak apa...aku diamkan aje la...seperti selalu...
sebenarnya aku ada termimpi something yang tak baik minggu nih, tapi aku tak nak percaya sangat sebab aku tahu, ALLAH lebih tau daripada aku. baik atau buruk sesuatu kejadian hanya ALLAH yang tahu. aku takut kalau jadi apa2, aku tak sempat nak bagitau orang yang aku sayangi bahawa aku sayangkan diorang. aku nak diorang tahu walaupun diorang mungkin tak sayangkan aku macam aku sayangkan diorang. tapi aku tak tahu macam mana nak bagitau kat diorang. fear of rejection, fear of my own ego, i can't seem to get it out. so i did a will written on a paper. just in case. tapi sebelum aku tutup post kali nih, there's something that i want people to know...and i hope they'll know.
AKU INGIN KAU TAHU...
Aku ingin kau tahu bonda dan ayahanda,
Yang aku berterima kasih atas segala yang kalian lakukan buatku sepanjang hidupku,
Yang aku menghargai senyuman, nasihat, ketawa dan kasih sayang yang telah kalian kongsikan,
Yang aku amat terhutang budi atas setiap pengorbanan dan setiap titis usahamu dalam membesarkanku,
Yang aku memohon ampun atas salah dan silapku,
Yang aku harap aku telah membanggakanmu,
Yang aku harap aku telah capai apa yang kau harap-harapkan,
Yang aku teramat sayangkan kalian, teramat cintakan kalian,
Yang aku doakan kita bertemu kembali di Jannah Allah.
Aku ingin kau tahu saudara-saudaraku,
Yang aku berterima kasih atas kasih sayang yang kalian berikan kepadaku,
Yang aku menghargai setiap nasihat yang kalian berikan,
Yang aku amat bersyukur kita dijadikan saudara,
Yang aku amat berbesar hati kerana kalian bersama-samaku sepanjang hidupku,
Yang aku meminta maaf jika ada perilak dan kata-kataku menyakitkan,
Yang aku sayangkan kalian seperti darah dagingku sendiri.
Aku ingin kau tahu wahai sahabat-sahabatku,
Yang aku amat bersyukur kita dipertemukan,
Yang aku amat berterima kasih atas bantuan dan kasih sayang yang kita kongsi,
Yang aku amat menghargai kehadiran kalian dalam kehidupanku,
Yang aku amat sayangkan kalian seperti saudara-saudaraku,
Yang aku berharap cukup kenangan untuk disimpan untuk kalian ceritakan nanti.
Aku ingin kau tahu wahai insan yang telah memikat hatiku,
Yang aku amat berterima kasih kerana kau berikan senyuman dan tawa kepadaku,
Yang aku amat berterima kasih kerana kau membuatku senang,
Yang aku amat menghargai kehadiranmu,
Yang aku sebenarnya teramat sayang kepadamu,
Yang aku malu untuk memberitahumu,
Yang aku sentiasa berdoa dijodohkan denganmu,
Yang aku sentiasa berdoa kau dipertemukan dengan jodohmu,
Yang aku ingin kau tahu aku masih ingin menjadi sahabatmu,
Yang aku sebenarnya tertanya-tanya jika kau juga merasakan yang sama,
Yang aku tunggu kamu untuk melafazkannya.
AKU INGIN KAU TAHU...BAHAWA AKU TERAMAT CINTA PADA KAMU SEMUA
Wassalam...
p/s: rindu korang sudah...terima kasih awak sebab buat saya tersenyum...saya suka kat awak. tapi nampaknya melafaskan kesukaan itu tak sesuai dilafazkan ketika gemuruh dan ketika di eskalator!!