Khamis, 8 Disember 2011

Bengang sangat!

Assalamualaikum
hye guys...

penatnya minggu ni...seriously lebih penat daripada minggu lepas. hari nih habis kelas pukul 4 petang, keluar awal, tapi malangnya kena tunggu sampai pukul 6 untuk jumpa lecturer...kesian jugak nanti lecturer tunggu2. aku jugak yang kena marah karang, tol tak? disebabkan aku penat gila, tensen sangat...aku rasa cam nak enjoy jugak sekali sekala. kuar jalan2. especially ngan 'abg. korea' tak gitu...? aku ngan dia kawan je...takda apa2. bukannya akan ada apa2 peluang pown kan...sapalah aku nih. (eh...eh...lari dari topik pulak.bukan aku ngah bengang tadi ke?

konpem...aku tak macam nih...kan?
okok...aku banyak rasa cam nak bengang je minggu nih. penat siot...(eh...eh...tak baik guna perkataan tu kan???) banyak kerja aku leh handle...tapi yang len2? alamak...tak leh pulak.

minggu nih aku AGM.so kindda busy bila aku kena pastikan semuanya berjalan ngan lancar. tapi sayangnya walaupun lancar aku rasa cam ada kekurangan je AGM kali nih. kecewa gak la. lebih2 lagi ngan harapan menggunung sebelum nih. ADOI!!!

aku bengang sebab aku dah plan nak kuar ngan 'abg. korea' (eh...eh...bila lak aku mula panggil dia 'abg korea' nih??) aku taknak kuar ngan dia sorang2...kalau kami berdua bahaya tau. aku tak suka. not my way of leisure...kot. aku tak selesa sebenarnya. jadi aku ke 'hulu' ke 'hilir' carik orang temankan aku. punya la susah. ada yang malas nak kuar la apa...ada yang ada kelas tu aku paham. yang buat plan awal pown aku paham. jadi takpa la kan? tapi masalahnya, bila aku ajak insan2 yang aku memang nak sangat temankan aku, ada lak tak nak g. okok...maybe kuar nanti diorang takut kena kuarkan banyak duit. tapi kuciwa gakk la hati nih.

aku nak kuar ngan 'abg korea' tapi aku nak kuar ngan kawan-kawan aku jugak biar ramai2. aku tanya ngan geng poret aku dia nak g ke tak. mulanya dia nak g, ok kira set la aku g ngan dia n 'abg korea' kan? dah tu, tetiba lak bila aku cakap yang aku kuar ngan 'abg. korea' dia cakap dia tak nak g pulak...sebab tak nak kacau aku ngan 'abg. korea' punya la aku kecik atie. aku dah bagitau dah aku tak nak g sensorang ngan 'abg. korea' sebab prinsip aku. aku tak suka berdua ngan orang lelaki sebenarnya. ada masa aku satu kereta ngan lelaki tu pun sebab aku mintak tolong kawan aku temankan aku g Desa Ilmu sebab memang aku desperate gila nak siapkan kerja. datu lagi sebab orang tu hantar kereta sewa. dah tu, aku tak nak berdua...tapi kenapalah orang tak nak paham?? kalau ngan BAPAK aku, aku tak kisahla...dah nama bapak aku...tak janggal la...

aku mesej kat kawan2 aku yang aku harap2kan...cam kitorang dah janji nak g tgk wayang semester ni, diorang bagi alasan lak. nih yang aku malas nih. kadang-kadang aku rasa cam takda kawan langsung je. bila aku perlukan diorang temankan aku kadang2 ade je diorang tak nak. okok...maybe aku bukan best friend diorang kot. tak cam belangkas sangat ngan diorang. tapi, diorang kan kawan aku. boleh dikira kawan aku yang paling rapat ngan aku kat cnie. bila aku perlukan diorang utk temankan aku g Desa Ilmu, salunya mesti diorang bagi alasan malas nak pegi la, penat la apa suma. lagi la aku nak bengang kadang2. sampai ada masanya aku sendiri pergi sorang2 sedangkan aku tak dibenarkan g sorang2. kecewa woooo....aku mmg salu kecewa. kali nih, aku offer drive pown bagi jugak alasan. nih yang aku malas. malas nak bertanya lagi pada masa hadapan sebab boleh dikatakan yang aku tak dapat nak bergantung ngan diorang. kalau diorang keluar mana2 pown bukan nak ajak aku kan? sabar2...kecik ati nih...KECIK ATIE SANGAT2.


nih bukan patah/retak hati ke????
aku tau, aku takda kawan, takda kakak or abang yang memang kamceng ngan aku, tak da tunang yang boleh temankan aku...tapi salahkah bila aku mintak kawan2 temankan aku? adoi!! susahnya...nasib baik aku dah biasa independent. tak yah nak bergantung sangat2 ngan korang kayh!

cam too good to be true je mende nih isq2
so ok...aku bagitau 'abg. korea' aku tunggu sorang lagi kawan aku reply. hurm...alhamdulillah kawan aku kata ok...tu pown sorang je. ok la tu. kan?

tup...tup...aku dapat mesej kata ada meeting pulak lepas asar esok....huih!! nih tak boleh jadi nih!! aku dah kata kot ngan pengerusi aku dah janji nak kuar ngan kawan aku...b4 dia buat meeting. lagi satu benda membengangkan aku. nampaknya terpaksa la aku balik awal esok malam sebab nak g meeting. Chehs!!! nasib aku mintak dia tukar masa. Iya la, aku naib pengerusi, kalau aku tak g, apa pulak kata exco2 lain kan??? tol tak?? tol tak?? kalau aku cancel plan ngan kawan esok sedangkan aku dah janji, amacam plak tu?? teruk jugak kan?? huiseh!

marah n tensen sampai tahap camnih pun ade gak!!
ok...dah...dah...dah...aku tak nak muka aku jadi tua....chet!! aku nak maintain awet muda sebab aku maseyh muda and belum berpunya....cheywah!!!! so, rasanya sekarang nih, aku abaikan je la korang sementara waktu membawa hatiku yang sedia ada kecik nih, semakin kecik. esok aku nak g tengok puss in boots k!!! lantak la...

wassalam


p/s: semalam aku mimpi patah gigi...YA ALLAH, mintak2 takda yang buruk jadi. tak senang duduk semalaman.
malam tadi jual jambu batu. ALHAMDULILLAH semuanya berjalan lancar, habis sekejap je jambu2 tuh. insya-ALLAH minggu depan jual lagi banyak.ehehe.

jumpa gambar nih...tertarik...dan terjatuh hati lak...ehehe...
YA ALLAH, permudahkanlah rancangan esok hari...

kecewa gak sebab dia mungkin takkan anggap aku lebih daripada nih...takpa...kena sabar gak. kan?

Sabtu, 3 Disember 2011

OMBAK RINDU...Aku Jatuh Cinta


ASSALAMUALAIKUM...
Yellopzz

ha...mesti semua orang tengah demam Ombak Rindu nih kan. tak lama lagi kuar la tudung Ombak Rindu, kain Ombak Rindu, Mi/Nasi Ombak Rindu...semuanya berombak2. ha....'gempak' gitu.


ahaha...okok...petang tadi sempat tengok Ombak Rindu kat Riverside. dan secara jujurnya cerita nih sangatlah menyentuh hati...
jap...jap...tengok tajuk atas.

"OMBAK RINDU...AKU JATUH CINTA"

aku jatuh cinta bukan ngan manusia kayh...tetiba jek...ngaha...aku jatuh cinta ngan cerita nih. romantik. 
I LOIKE!

tengah hari tadi pergi tengok ngan Neyann, Sue dan Atie. Tak rancang apa2 pown. Takat jumpa2 and tengok wayang je. Ramai sungguh orang kat pawagam tadi. Ramai lagi budak2 UiTM yang datang 'ziarah'. hahak.

rumusan dan komen pasal cerita nih akan di update kat blog satu lagi. tunggu kayh.

apapun, yang menjadi ceritanya, masa wayang tuh lepas sejam leh lak rasa nak ke toilet. NGAH!!!!
habis kaki orang aku pijak nak g toilet and nak cepat.
(-_-)!! apada...

Sue dari awal cerita bukak adegan lagi dia dah ter'isk2' kat sebelah kanan. Aku lak cam takde perasaan, siap leh pulak buat komen2 'tak senonoh' ala2 trademark ngahaha...uit..angan pikir bukan2 kayh.
orang dok tepi kiri, kanan, depan belakang bukan main feeling lagi tengok movie nih. aku lak cam orang takda perasaan. tengok, feeling tapi bukan kuar kat mata air tu...kuar kat tempat len sampai half time kena 'make a run'. Dush2! tapi feeling la jugak.cuma aku nih, kalau dok tengok sorang2 leh la feeling2 sampai menitis seba;di air mata...chey! konon nye ajelah. ahah. dua jam aku nangis kot?

lepas tengok Ombak Rindu, aku ajak geng g K-Box pulak.tapi alamak!! K-Box penuh. chehs!!!! kurang asam garam manis masin tol. apada...so last2 tengok barang2 kat spring je la. baru nak g popular and tengok buku...tapi, erm...malas. sebab drive sensorang...dah nak malam lak tu. tak baik anak dara kuar rumah sensorang lepas maghrib kayh!

hurm.takpa2...nanti2 tengok wayang lagi ngan geng. tapi seriously nak beli cd cerita nih. tersangat sedih dan best. cam tahap p/s i love you punya best. tersentuh mak, jah!

walopun tak suka beberapa babak yang agak keterlaluan dalam movie nih, tapi overall boleh la...cuma nasihat kat sesapa yang kreatif dan terlibat ngan industri filem memilem nih, tolong la jgn over sangat nak gambarkan kat depan khalayak keintiman watak2 tu walopun dalam ceritanya diorang suami isteri. sebab ni melibatkan akidah jugak. berdosa bagi yang melakukannya, bagi yang meminta dilakonkan dan yang menonton pun terkena tempias. mintak tolong aje lah ye...ehehe...



p/s: terima kasih sangat2 kat mak n bapak sebab benarkan aku drive hari nih...
masa aku tengah jalan2 tengok barang tadi, lalu je kat area baju kemeja lelaki, aku terus teringatkan dia...alamak...g*** bayang ke aku nih??? tidak!!! semalam sekejap je dapat tengok dia. nampak cam takde mood je dia tu...alamak episod ANGIN Rindu pulak melanda aku nih...huikhuikhuik...saba2. dia tak tau lagi kot...ehehe.

Khamis, 1 Disember 2011

Hujung Minggu Yang Memang Memenatkan

Assalamualaikum, hye guys...

Woohoo...hujan lebat lagi hari nih... Lebat sangat2. ingatkan nak balik bilik je tadi. Tapi mengenangkan kena pergi HEP tanya pasal Perhimpunan Belia kat Shah Alam yang sepatutnya hujung minggu nih, sanggup gak redah hujan (chey...mengenang nasib sendiri nampak!). Tadi pergi tanya rupa2nya dah ditangguhkan ke bila yang tak tau bila tarikhnya lagi. Tunggu diorang lah bagitau nanti...tu pown kalau jadi lah. Pastu pergi cari Penyelaras Ko-Kadet Bomba. ahahaha... Penyelaras nih yang best bila nak jumpa...tiada makan2...(ngahahah) tapi banyak sembang2. So tadi jumpa pun sebab nak ambik senarai nama pelajar yang dah daftar Ko-Kadet Bomba untuk kehadiran dan untuk menyenangkan kerja2 kami yang dah sedia ada bertimbun nih. OK, dua kerja dah settle. Pastu g pulak buat photocopy nota ECO211. Haduih, punya la banyak barang diorang photostat...habisnya kena tunggu sampai rabu minggu depan baru dapat ambik nota tuh...MAAKKKK AIII!!! (banyak untung oooo).

So, dah siap semua kerja ingatkan nak balik bilik, nak rehat2 dulu, makan Nesvita ke...kemas2 barang ngan bilik, g bersih diri. Pastu g mesyuarat malam karang. Tapi alik2 makin lebat pulak hujan nih... Aku tak merungut kayh... Bagitau je... Hujan memang lebat pown. Hujan rahmat... Jadi sekarang tengah stuck kat library. Online and update blog je lah. Iyelah, dah lama gak tertangguh nak update blog nih. Online pun jarang nak main2 lagi. Buat kerja je. Huikhuikhuik. Aku redha...

Apa pun, sekali dah update nih baik aku update sal last weekend. Last weekend ada ICT Fair kat Borneo Convention Centre (BCCK). So, Macam biasa aku adalah antara salah seoprang yang tak boleh nak lepas pergi ICT Fair ni sebab aku memang suka nak 'menderma' duit beli barang2 komputer/ laptop. Memandangkan aku balik hari Jumaat, baik aku cerita dari hari Jumaat aje lah ye?

Jumaat aku balik rumah lewat sebab kesesakan lalulintas masa mak ngan bapak tengah dalam perjalanan nak ambik aku kat UITM Samarahan. So sampai2 aje kat bandaraya Kuching (chey! cam jaoh sesangat lah bunyi nye) dah petng sesangat. Aku kelaparan weyh. Sebab tengahari tak makan ingatkan nak makan ngan mak ngan bapak sekali. So kami tapau lah makanan kat kedai...(ade ke???) Yang aku ingat, aku tapau ROJAK AYAM kesukaan aku kat LIZA's CoffeeShop (dah namanya camtuh, tak payah nak tanya kenapa salah ejaan pulak kayh!). Nyumnyumnyujm. sedap sesangat. So, lepas makan aku ngan kawan aku yang ikut balik rumah minggu tu kemas2lah rumah sebab jiran aku nak guna rumah aku kot2 tak cukup tempat untuk oran datang. Mak Cik tu baru pulang dari Haji, so dengan ikhlas dan berbesar hati la kami tolong...Jiran, kenalah kita sentiasa bantu membantu... (ALHAMDULILLAH). Dapat jugak pahala kami sekeluarga...AMIN. So, malam tu, ade lah jugak ramai orang datang. Makan pown sedap. Menu?? Auk tak ingat. Ngahaha... tau makan je la katakan. Malam tu habis kenduri kendara apa semua, aku ngan kawan aku ngantok gila. So tido awal. (budak baik la katakan...)

Esoknya pulak kami pergi kenduri orang kawen pulak...nih antara kenduri pebret aku lah. Kena pulak kawan bapak aku and jiran jugak la dikiranya. So, makan free lagi...ngehehe...sedap makanan ui. Lepas habis kenduri tengok pengantin apa suma, bapak aku bawak kitorang g Masjid Jamek pulak. Ada karnival Maal Hijrah. Aku suka sangat pergi tempat2 macam nih. Best. Tup2 bertemu pulak ngan geng satu UiTM...baru kenal hari tu jugak.ahahaha.... tapi yang bestnya jugak, aku g beli air dari lori Kopisatu. Lori yang aku salu cari masa kat KL. Selalu je park kat sebelah Semua House setiap hujung minggu. 

gambar wan nye...nih ambik dari blog orang tau...tq owner blognya...

Petang barulah g ICT Fair...makk aii...rambang mata dibuatnya pergi cni. banyak gak la gerai. Tapi macam biasalah gerai yang itu, itu jugaklah...yang biasa2 dilihat je...barang pun sama gak hampir keseluruhannya. Tapi sempat jugak aku beli barang ckit. Yang paling penting USB 2.0 Port tambahan untuk aku kerja. Cam sesalunya tak cukup port nak letak USB nih. Banyak nak transfer ape suma. Dah tuh aku beli mini vacuum cleaner untuk keyboard aku yang mungkin bertimbun habuk kat celah2nya...ew!! Aku belikan pencuci skrin jugak ngan erm...apa lagi ek?? tu je la kot.. Lupa dah... so tak sampai seratus pown. Ingatkan nak usha2 portable external hardisk Buffalo lagi...tapi takde pulak diorang jual jenis nih. Pelik bin ajaib.

Esoknya pulak g kenduri kawen lagi. Kalinih kat Suarah Civic Centre. Anak jiran jugak yang kawen. (banyak nya orang kawen...aku lom ada calon lagi nih). Petang lepas kenduri pergi lagi BCCk sebab komputer yang baru dibeli cam takda berfungsi (hekelleh...sedangkan salah sendiri kot pakai dua2 wayar tuh! ngahahaha) Habis berli satu lagi USB plug suma, balik and aku ngan kawan aku g pasar beli barang. Wah!! first time kot bapak bagi aku keluar ngan kawan and aku drive...Wahaha...alhamdulillah. letih ooo...banyak kerja.

Ingatkan Isnin tuh, cuti umum Maal Hijrah boleh rileks2 kat rumah...alik2, kitorang g jenjalan pulak...dekat nak satu hari suntuk jugak kami jenjalan. G boulevard ngan Giant Padawan... check-it-out...Giant Padawan tuh...jaohnye!!! ngahaha. Last2, petang tu jugak balik UiTM sebab kelas pukul 8 pagi hari Selasa.

okok...sampai cnih aku mencarut ckit kayh.nanti2 aku sambung.

WASSALAMUALAIKUM

papai!

p/s:

kiutnya!! jumpa gambar nih masa tgh browse barang tadi...ngehehe...kiut sangat2...
hurm...cam 'rindu' pulak nak jumpa dia...tak nampak pun seminggu2 nih...ihihihik...jangan gila bayang sudah!

Khamis, 24 November 2011

PENAT TAK SUDAH2

ASSALAMUALAIKUM...

hye semua...

kiutnya kucing nih...mmg cam aku...aahahaha...thanks to the source. pinjam gak ye gambar nih.


YA ALLAH, penatnya! itu je yang dapat izzie katakan malam ni. bak kata orang sarawak, "KEPAK KAMEK!!" seriously penat sesangat. hari nih satu-satunya hari yang akan pack untuk sepanjang sem nih sebab izzie kena atur jadual supaya tak clash semua kelas. tapi itulah kan...sebab tak nak clash kena pulak macam nih. pack. tapi tak apa, rabu free gila sesangat. ok la tu. kan?? hari nih kelas mula pukul 8 sepatutnya untuk kelas AIS280 ngan Mdm Lulu. Tapi dia MC, so takde kelas sempat sambung tido melingkar atas katil lagi sampai pukul 9 lebih baru bangun and bersiap2 nak ke kelas. boleh rileks lagi tu. kelas pukul 10 sampai 12 pulak kelas FAR250 ngan Mdm Mariam (salah satu kod yang teramatlah aku lemah and susah nak paham tapi berikhtiar untuk dapatkan capaian terbaik sem ini insya-ALLAH). balik tgh ari rileks makan2 sekejap. pastu turun lagi untuk kelas pukul 2 sampai pukul 4 petang, kelas ECO211 dengan Sir Chong.

Petang tu pergi la bilik Eein sebab dengarnya dia sakit tadi. Izzie, Eein ngan Fit memang rapat jugak la...kot. Kami selalu kuar sama2, dan g kelas sama2. Lepak pun sama2. So rileks2 kat bilik dia kejap pai hujan lebat turun (alhamdulillah baju yang di jemur kat laundry tak basah dek hujan lebat ngan angin tadi.) dahkeb tu tak dengar ada mesej kata meeting persatuan pukul 6. ingtkan pukul 7 aduih. nasib baik kawan panggil, kalau tak naya den.

Ha...meh2, izzie kongsi sikit sal meeting tadi. Tadi kitaorang berbincang sal Exco2 baru MeDIA. MeDIA nih kira persatuan fakulti la. Maksudnya Members of Diploma In Accountancy UiTM Samarahan. Disebabkan ada beberapa orang exco tertinggi lama yang nak bersara, jadi kami nak cari penambah exco baru. So, bermulalah perbincangan. Tapi alik2 izzie ngan kawan sorang (James) men game pulak sebab lambat sangat. ahahaha...sambil menyelam minum air la kiranya. ngilang ngantok yang bertambah2 dengan nak g toilet lagi.adoi. So, tapi ada undian untuk jawatan pengerusi. izzie takda la letak harapan nak jadi pengerusi sebab tau la sejauh mana kelebihan dan kepandaian izzie dalam bab2 financial accounting nih. walopun pointer naik kali nih, tapi masih tak berkeyakinan sangat. so izzie undilah kawan izzie nama James tadi tu...tapi alik2 bila Mdm baca undian yang diorang buat, erk!!! kenapa lak la kena jadi Pengerusi Media untuk dua semester yang akan datang. Alhamdulillah sebab ada jugak orang yang percayakan kebolehan izzie dan harap2nya izzie tak mengecewakan diorang tuh. adui....tak nak...tak nak...insya-ALLAH izzie akan buat yang lebih baik dan berikan kerjasama kat semua yang bertugas sebagai exco MeDIA. mungkin ini cabaran untuk izzie kot. izzie dah mintak tukar tadi tapi diorang cakap tak payah tukar2 so redha je lah. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya nih kot. lagipun izzie percaya, ALLAH tidak akan menurunkan ujian kepada hambanya sekiranya hambanya tidak mampu untuk menanggung ujian tu. so, ALLAH sayang kat izzie, jadi dia nak uji izzie mampu ke tak. izzie tau izzie mampu, cuma belum jumpa lagi buktinya. doa2kan lah ye...

so, balik tadi dah dalam pukul 10. uik!!! lewat gak kan...ehehehe...penat dh nih. on9 pun sekadar nak update blog nih. nanti la cerita yang lain2 yang jadi sepanjang minggu pertama kuliah nih yeh. tunggu ada tenaga dan ilham...ahahaha.

ok...til then, sayang korang...papai.

p/s:: si hero sungguh gentleman tolong semalam. thanks awak...ehehehe...sempat gak puji dia ensem...i mean memang betul apa, dia nampak ensem. kawan je, kan.....? buat saya senyum sendiri2 pulak ... adoi!


Jumaat, 18 November 2011

Mula Dah Sibuk 'Pindah' Balik...

ASSALAMUALAIKUM hye guys...



Nampaknya hari nih dah mula nak berangkat dan berpindah masuk ke asrama untuk semester baru. Rindu ngan kawan-kawan. Tapi dalam masa yang sama masih belum nak berhenti bercuti... Insya-ALLAH Isnin depan Izzie akan masuk semester ke-4 di UiTM, Samarahan. Huhue...alhamsulillah takda repeat paper. Jadi semuanya akan baru next sem. Dan bila dah mula semester tu ertinya busy balik la hidup...dugaan dan tanggungjawab seorang pelajar la katakan...Iye tak? Kena tunggu lagi lebih kurang 4 bulan untuk bercuti lagi. Lama2 bercuti memang boring jugak. Tapi selalu sangat masuk kelas tensen jugak. Hopefully this coming sem akan berjalan dengan lancar...AMIN.

So esok hari Izzie akan ke kampus. Ambik kunci bilik...seems like i'll be staying in my room (for the last 2 semesters) again. Nothing's much. And will be picking my friends up at desa ilmu. Will be packing my stuff and clean my room tomorrow. But look at the time now...my dad would expect me to sleep early and wake up early for today.

So, ok la. Til then. See ya!

p/s: something's seriously wrong with this K9 Web Protection...takda signal pulak nak masuk FB...sheesh!

Khamis, 17 November 2011

CONTEST MY BFF BY ANEYZSAMS .




Syarat-syaratnya:

Follow agar anda tidak ketinggalan zaman .

Like Page Kita . AneyzSams . 

Suka hati gambar edit ke tak . Max 3 gambar je .

Amik banner and direct link .

Tarikh tutup akan di beritahu kemudian . 


Meh...nih gambar BFF Izzie =)





Tag 3 orang member pastikan diorang tau .




HADIAH BEST2...JUH KITA JOIN TEK!
(1st timer tok!)

SUDAH LAMA AKU CARI...

salam...

chey!! tajuknye...ngahaha...

entri nih sebenarnya saja je...nak post pasal lagu My All yang dibahasa Melayu-kan untuk persembahan majlis anugerah ntah apa ntah.dah lupa dah. lama sangat ape mencari baru sekarang Izzie jumpa...ha...untuk kongsi2 lah katakan... 

E.N.J.O.Y.!


liriknya lebih kurang cam nih la ye...

ku mentafsirkan kelemahan dan kesilapan
adakah datangnya dariku...mungkin sebaliknya
atau kau ada mengubahkanmu hingga terkeliru

ku berikan emas intan dan permata
bukan kaca kilau tiada berharga
tetapi sayangnya
kau terpukau kau lupa segalanya
yang pernah kita ciptakan semua ini
pernahkah berdetik atau terlintas di penjuru hati
untuk kau kembali menyambung mimpi kian punah
seberupaya biarku berubah segala-galanya

[chorus]
ku berikan emas intan dan permata
bukan kaca kilau tiada berharga
tetapi sayangnya
kau terpukau kau lupa segalanya
yang pernah kita ciptakan semua ini

lirik tu izzie amik dari SINI

so nyanyi la korang...kehkehkeh...