Rabu, 15 Ogos 2012

BALIK RAYA:PART 1



RABU, 15 OGOS 2012

Kat luar bilik pagi tadi dah mula dengar orang hantar kawan2 balik ke kereta...almaklumlah, nak balik raya. da pulak kawan2 yang dah balik sabtu lepas....kelas sampai hari nih...kalau diikutkan boleh balik dah pagi tadi. tapi memandangkan kelas ada tinggl satu je lagi, kelas BEL 313, maka ku gagahkan jugak diri nih ke kelas...(padahal salunye ade je alasan). tapi tk pe. ada hikmah disebaliknya. semua kerja last minute...memang, dh tbiat susah nak buang...mana tidak nya tadi bila keluar kelas awal kaki cepat je nak balik bilik hangkut semua barang nak kasi setel hari nih supaya esok tak payah lagi sibuk...ESOK NAK BALIK je.

Bila dengar hirukpikuk budak2 gelak2 kat bawah blok, pilu lak....cam terfikir...aku nih, bila nak balik? ahad raya dah...(insya-ALLAH)l. tanya roomate, dia cakap dia taktau lagi balik bila. walaupun baru hujung minggu lepas balik raya. tapi kenyataanya aku nak balik raya nih terus....sebab minggu lepas tak sempat nak buat apa2 pun. kalau balik khamis mesti tak banyak masa nak kemas2. banyak barang nak kena kemas.

cemburu pulak tengok orang lain dah balik. asrama dah makin sunyi...dan malam ni, tido sendiri2...sedihnya... =(

p/s: disebabkan kawan2 suma dah balik, nak berbuka ngan siapa ye hari nih? sorang saja ke?

Isnin, 6 Ogos 2012

RAMADHAN DATANG LAGI


hye, lama dah tak membersihkan sawang2 dalam laman sesawang nih. ehehehek. anyways, banyak nak update sebenarnya, tapi rasanya macam setiap kali bukak laptop mesti rasa ilang idea nak tulis macam mana. sori yeh. insya-ALLAH di kesempatan lain Izzie update. anyways, harap2 belum terlambat lagi nak ucapkan SALAM RAMADHAN ALMUBARAK kepada semua bloggers dan followers. hikhikhik...


okies, nak ke Desa Ilmu, g bazaar...khekhekhekhe.....

Khamis, 5 April 2012

ALL ABOUT WEDDINGS



apa khabar korang? miss me? not? ha...sukahati la....ehehehe...(amboi bunyi merajuk pulak)

lama jugak tinggla blog nih tanpa updates yang mmg updates. apa la sangat yang terjadi dalam hidup nih selama tu ye? wait....banyak ahahahaha... hurm. apapun, tajuk 'kuliah' dinihari kita pada hari nih...cheywah! macam la bebeno sangat bunyi nye...nak tau tajuknya? ha, baca tajuk kat atas. malas jari nih nak type balik.huahahahah!

aku memang suka majlis perkahwinan. aku tak tahu dari bila aku suka. padahal dulu aku jugak yang jarang nak ikut mak ayah pergi pengilan (a.k.a pergi kenduri). iyela, zaman kecik belum baligh memang la tak suka sangat sebab dok tercongok tengok pengantin duduk depan tu pakai baju cantik2 pastu makan, pastu balik. apa lah sangat yang aku paham kan? huahahhaa...macam la korang tak buat benda yang sama...kuang...kuang...kuang...

tapi semenjak dua menjak tiga empat lima menjak nih (macam mana leh lulus BM ngan bahasa camni????) aku memang suka pergi tengok orang kawin. mungkin sebab umur pun makin lama kot... (tak sebut perkataan tu!!) 

owh btw, aku suka jugak g majlis2 macam nih sebab ambience best...ramai orang n then, orang bole pakai lawa, then tengok orang lain pakai lawa2 jugak...then makan free....saya ulangi...MAKAN FREE...ehehhe.

hurm...aku rasa ak dah mula minat ngan perkara-perkara berkaitan perkahwinan ni. tapi bukan aku nak kawin...(muda lagi nih....belum cukup syarat!) tapi aku rasa, perkahwinan-especially perkahwinan Melayu- memang banyak untuk kalau ada yang nak ceburinya. boleh jadi creatif dalam masayang sama, tinggalkan jejak dalam membahagiakan orang (or atleast tolong dalam menjayakan hari bahagia diorang lah) lepas tu,bole buat duit. ekekeke...maybe aku akan bukak business kot???? ntah la labu...insya-ALLAH. jom pakat doa ramai2.

aku memang suka wedding yang ada elemen semula jadi...aku suka hijau dan putih  dengan tambahan warna2 fresh!


cantik kan? kek ni macam cover novel 'You're The One That I Don't Want' oleh Alexandria Potter pulak.


p/s: anak saudara akan membina masjid hujung minggu nih....excited pulak nak tengok weddingnya...


Selasa, 21 Februari 2012

my last day as a 21 year old... keseorangan... ='(


wishing that my mom and dad could be here tomorrow. 

I'M AFRAID OF FAILING

failure is addictive. usually once you failed, it can happen again...and again...and again. until one day u realise, it had happened for quite a lot now. i've been a failure. not once, not twice...but more than that. to tell you the truth, I AM SICK OF THAT! i'm not dumb. i'm not incapable, not even a slightly stupid person. perhaps the efforts are not enough. lazy? how could i be one when i'm always here and there? tired? yes! anyway, i just don't want to be a failure. nope...not again. so, to my dear self, help me...


 now i have to think of ways not to fail in the final and seriously score at it. at least i got some pointers right?



jom sama2 doakan.


Khamis, 26 Januari 2012

random

saya rasa sungguh tertekan...

kbye

Selasa, 17 Januari 2012

BAJU KURUNG MAMA

ASSALAMUALAIKUM...hye guys.

How's your day? Hehehe...semangat pulak pergi ke kelas hari nih. Seronok. ehehe...nak cerita sikit pasal baju kurung mama. cam sedeyh je bunyi tajuk nih. ekceli, tak de la sedih pown. okok. aku sorang je anak pompuan mama. so kira manja la ngan mama kan. cam besa la. mama selalu bagi aku baju dia yang lama2. kira tak leh nak muat lagi ngan 'slim' fit dia tu. baju mama banyak yang cam baru sebab dia banyak baju n banyak mmg baru2. ngehehe. bila dia takleh nak muat lagi, aku yang ambik. kadang2 kalau mama tak bagi pown, aku mintak je kat dia. bukan sebab aku takda baju (especially baju kurung), tapi sebab aku suka ambik baju mama and pakai. best la jugak. walopun secara sebenarnya la kan, saiz aku ngan saiz mama memang berbeza. aku kecik dan kontot. nait berat pown masih kecik jugak. mama berisi ckit and tinggi lagi dari aku. so technically baju mama semuanya panjang2...dan besar. ahahaha. so bila aku pakai len je ropenye.

mungkin kazen mazen aku yang len salu jugak dapat benda2 camni. salunya anak2 perempuan la. anak lelaki erm....jarang kot. korang pown mesti pernah kan? aku cam before nih, terlalu kecik sanghat jadi aku cam jeles je bila kazen mazen semuanya dapat pakai baju mak diorang. hukhukhuk. kalau aku pakai gak kena pakai tali pinggang kat kain and kena lipat 5-6 kali. hadoheh!! seronok kan dapat pakai baju mama??

before masuk U, masa aku sekolah, aku sempat mintak dua tiga pasang baju mama. saja je nak mintak. simpan lam almari walopun tak pakai pown. tapi aku suka mintak dan simpan (apakejadahnya??). so sekarang, masa kat U, aku ada beberapa baju mama yang ada lam almari. aku bawak beberapa baju mama ke kampus untuk pakai. suka jugak seyh pakai. memangla tak fit to body ape semua, tapi seriously, everytime pakai baju kurung mama aku rasa seronok and rasa cam mama lagi dekat ngan aku. lebih dekat daripada biasa (amboi rembat tagline hot.fm pulak). bukan baju kurung mama je, kadang2 baju sejuk dan baju tshirt ayah pun aku guna. ngehehe. panggillah aku anak manja ke apa. tapi itu cara aku menghargai mak ayah aku kayh.

selalunya bila aku pakai, walaupun baju tuh cam besar daripada aku nih, aku tak malu and aku makin bersemangat. contohnya hari nih. aku pakai tudung yang aku pinjam daripada mama, baju kurung greyish-white berbunga indigo yang mama bagi sebelum semester nih and aku pakai stoking yang rasanya bapak aku punya kot sebab aku salah ambik stoking. ehehe. seronok dan makin bersemangat bila belajar. AKU SERIUS NIH!



jadi kepada korang suma kat dunia nyata sana, kalau mak korang bagi baju hand-me-down kat korang, baju diorang zaman dulu2, korang jangan lah mengeluh kata diorang nih tak best sebab tak bagi baju baru. aku rasa semua mak bapak teringin nak tengok anak2 dia sekali sekala pakai baju diorang. walupon ko sanggup pakai sepasang je. sebab sebenarnya feeling pakai baju diorang nih teramat-lah best.

korang mesti perasan kan, kalau di sarawak nih, kat semenanjung tak tau la kan, kalau berlakunya kematian terutamanya dalam ahli keluarga, mesti baju2 yang meninggal tu akan dibahagi2kan kepada ahli keluarga. contohnya masa pak nek aku meniggal (ayah kepada ayah aku), anak lelaki semua diberi kain pelikat pak nek aku tuh. ada yang dapat baju melayu dia (mana2 yang muat la) dan ada jugak yang volunteer untuk ambik buku2 lama dia termasuklah al-quran yang memang tahap koleksi muzium punya. masa nih la barang2 khazanah harta karun mak bapak korang jadi teramat berharga. kalau korang tak rasa terdetik sayang kat barang2 tu memang aku tak tau nak cakap apa la.

jadi pesanan aku kat korang, yang masih ada mak bapak, yang masih ada keluarga. kalau mak bapak bagi kita barang diorang bukan bermaksud diorang sengkek sangat sampai tak nak bagi baju baru. diorang bagi harta yang berharga buat korang supaya korang takkan lupakan diorang masa diorang dah tak da nanti. simpan barang2 istimewa diorang. bila rindu leh la kita pegang.


wassalamualaikum =)

p/s: nak call mama dan bapak malam nih. diorang mesti rindu aku seyh. ehhe.