Khamis, 23 Ogos 2007

Langkah...


"Aku berjalan...
Kemudian aku berhenti...
Ku toleh ke kanan, ke kiri...
Duani masih memandangku penuh kekosongan...
Perlukah aku menoleh ke belakang?


Belum sempatpun aku berpaling,
Suara itu memohon agar aku teruskan perjalananku...


Dan dengan air mata, aku teruskan jua...
Betapa berat pun hati ini merayu supaya aku berhenti...
Aku tetap berlalu jua dengan terpaksa...


Namun hati masih penuh tanda tanya...
Siapa dia?..."

Tikk-tokk...Detiknya Berlalu...


SALAM... HARI ini akan berakhir beberapa detik lagi. Tak lama lagi cuti akan berkahir. Saya akan kembali ke sekolah. Tapi entah kenapa, hati ini serba salah untuk kembali. Tipu andainya saya katakan saya tak rindukan sesiapa sepanjang cuti ini. Tipu jika saya katakan saya tak fikirkan sesiapa sepanjang cuti ni. Dan saya berani kata saya tipu seandainya saya katakan saya sudah lupakan segalanya sepanjang cuti ini. Realiti adalah realiti. Jauh manapun saya berlari, ke pelusuk manapun saya cuba sembunyi, kenyataan akan sentiasa mengejar rapat di belakang. Hidup ini realiti. Sebuah realiti yang ada masanya pahit untuk ditelan, terlalu sukar untuk dilalui. Tapi itulah hidup. “Saat kamu berkata untuk meninggalkannya, Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat, Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri, Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air mata.” Pernah lihat kata-kata ini? Kata-kata ini mengingatkan saya kepada beberapa perkara yang saya cuba sedaya upaya untuk lupakan sedari sebelum cuti persekolahan ini bermula. Sehingga saat ini pun, saya masih cuba untuk melepaskannya. Tapi, sekali lagi, realiti itu tetap realiti. Namun dengan kata-kata yang terangkai itu, saya mula fahami sesuatu. Harapan yang terpendam, kembali mengembang mekar. Memanjat pepohon hati yang saya cantas buat beberapa ketika. Kenyataannya, kami berdua adalah dua insan yang berbeza. Dia lelaki, dan saya perempuan. Dia Adam, saya Hawa. Dia kutub utara, saya kutub selatan. Kami miliki kisah kami sendiri. Kegembiraan dan bahagia yang kami cipta sendiri, tapi kami noktahkan atas dasar KAMI. Noktah itu menempatkan betapa besarnya nilai sebuah KEPERCAYAAN. Suka atau tidak, buat sesiapa sahaja yang membaca, saya ingin katakan, saya percaya pada diri saya sendiri. Biar apapun yang anda klasifikasikan diri saya ini, sama ada budak hingusan yang terlalu cepat inginkan kehidupan, atau apa-apa sahaja, saya PERCAYAKAN diri saya sendiri. Atas dasar PERCAYA itu juga, saya katakan saya percaya tindakan saya betul. Dan saya percaya jauh di dasar hati ini, saya masih simpan rasa itu terhadapnya. Jangan hukum saya kerana rasa ini, ataupun kerana saya terlebih dahulu melangkah untuk menyukai. Sebaliknya, doakan kesejahteraan saya serta kebahagiaan saya. Doakan agar saya tidak akan terjerumus ke lembah kemungkaran. Kerana saya percaya, apa yang saya semai selama ini adalah atas dasar IKHLAS, kerana saya sayangkan dia kerana ALLAH.


Isnin, 20 Ogos 2007

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI....


ASSALAMUALAIKUM dan hullo wat sumer...

PART I
hurm...cutie sekolah datang lagi. Tapi kali ni Nur Edah kembali sunyi. Tak berteman seperti biasa. Cumanya, kali ini terasa lain. Kekosongan itu ada. Argh...biarlah...apapun, saya kena tumpukan sepenuh perhatian dengan kerja-kerja dan tugasan-tugasan yang berlambak di atas meja sekarang nih.

Bercakap mengenai cuti, saya kembali teringat trip to Johor cuti semester lepas dengan teman-teman seperjuangan, dan ibu tercinta. Memang pengalaman saya di sana amat membahagiakan. Sebuah pengalaman yang tak mungkin ada galang-gantinya. Saya habiskan masa belajar mengenai perniagaan dan belajar untuk memenuhi kehidupan dengan sisa-sisa memori, berdikari dan mencari teman yang boleh menemani.

Apapun, sesuatu yang saya pelajari hari-hari setelah kembali daripada program itu ialah, saya tidak perlu jadi hipokrit. Tidak perlu berlakon menjadi seseorang yang bukan diri saya sendiri hanya semata-mata ingin menyenangkan atau menyesuaikan diri ini dengan orang lain. Supaya orang menerima saya. Saya pelajari bahawa saya perlu buang jauh-jauh topeng yang saya gunakan untuk berpura-pura dan lihat sendiri seandainya kawan itu yang benar-benar kawan akan menerima siapa diri saya yang sebenarnya. Daripada itu, saya sudah kenali siapa yang benar-benar ikhlas untuk mengenali saya dan menjadi sahabat saya.

Cuti kali ini, saya akan penuhi dengan study...study...dan lebih banyak study...hurm...saya ingin tunjukkan kepada semua yang saya tidak akan kalah kepada mereka. Tidak akan pernah mengaku kalah dalam sebuah perjuangan yang menjadi titik tolak penghidupan saya nanti. Terima kasih buat ibu, ayah, kakak dan saudara-saudara yang sentiasa memahami, mendorong dan percaya akan diri ini. Mungkin inilah yang ALLAH ingin tunjukkan. Dalam kehidupan kita, dalam apa sahaja yang kita lakukan, hanya ALLAH, ibu bapa dan keluarga yang akan bersama kita selamanya. Bukan kawan-kawan yang kita anggap selama ini menjadi kawan rapat atau kawan sebagai kenalan. Maaf andainya ada yang terasa dengan pendapat yang saya lontarkan. Tapi ini realiti yang anda sendiri harus cerna dalam pemikiran. Sebaik manapun persahabatan yang terjalin, indah manapun yang pernah anda lalui, ada masanya, teman-teman yang kita anggap setia akan melupai kita...yang tinggal hanyalah ALLAH, IBU BAPA DAN KELUARGA yang sentiasa menjadi tonggak hidup kita walaupun dalam diam.

Inilah kehidupan kita. Biar apapun, kita harus teruskan. Biar sebisa manapun, sepahit manapun hidup ini mengejar, kita terpaksa hadapi keseorangan. Buat teman-teman, maafkan seandainya pernah diri ini melakukan apa jua kesalahan yang melukai anda. Hidup ini spontan, ada kalanya kita sendiri tidak tahu apa yang kita lakukan. Maaf ya...



PART II

huehuehue...nak pegi tepi pantai!!! Bua masa ini, rasa seperti nak pergi berendam kat tepi pantai. Nak bermain di gigi air. Nak lari sejauh mungkin, jauh daripada semua orang. Nak bersendirian...huehuehu...sunyi...huehuehue...terasa seperti tak ada orang nak jadik peneman. Saya mimpikan sesuatu yang menyedihkan...apapun, mimpi itu mainan tidur...mungkin ada baiknya saya lupakan sahaja.

saya tak nak kehilangan insan yang saya sayangi...saya ingin mereka semua sentiasa berada bersama saya. Saya tak mahu kehilangan dia juga. saya ingin kecapi kebahagiaan itu.huehuehue...kenapa bila hati sudah mula menerima terpaksa pula menolaknya???

huehuehueheu...inilah hidup....


PART III

# study for MOCK EXAM SPM
# complete chemistry assignments n lab reports
# complete account assignments
# complete revision for tasawwur islam
# complete add math project (which due next tuesday!!god!!!help me!!!!)
# get everything done...

guys, i rally think that the one that's coming to school next monday is totally different person than i an now...so keep the memories of me before...wahahahk...
i ain't gonna play around...won't let anybody leave me anymore...i am the one whose leaving dude!!



PART IV

haiya!!!miss my beloved niece arh...huehuehue...ANIS!!!...balik kuching larh!!!
aduss...tension ngan exam....huehuehue...

k larh...gotta go...nak mamam...huehuehue...da...

SALAMX
=IZZAN NUR RAFIEDAH=

Khamis, 2 Ogos 2007

TITIK PERSAHABATAN




"A friend is someone who reaches for your hand, but touches your heart."

- Kathleen Grove


ASSALAMUALAIKUM...

Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk update blog ni. Nur Edah bertambah sibuk semenjak beberapa minggu ni. Jadi, priority tetap priority...yang utama itu harus terlebih dahulu diutamakan.Apapun, kali ini Nur Edah ingin berbicara tentang teman.

Teman atau sahabat merupakan antara insan yang paling kita perlukan dalam hidup ini selain ibu bapa dan keluarga. Tanpa teman/sahabat, kebanyakan kerja yang kita lakukan menjadi mudah dan lebih efektif.

Kita dididik untuk bijak mencari kawan sedari kecil lagi. Memandangkan teman merupakan sebahagian besar dalam diri kita, maka pasti memilih siapa kawan kita itu teramatlah penting. Sepertimana kita ingin menanam benih pokok.Seandainya benih pokok itu bukan yang bagus atau sudah buruk, maka pasti siraman serta baja yang kita gunakan untuk menjaganya tidak akan berhasil.Malah memudaratkan pula tumbuhan sekeliling. Benih itu kita anggap sebagai kawan kita.

Hari ini 1 Ogos, menurut sebuah laman web, hari ini merupakan hari persahabatan sedunia.

Nur Edah ingin ucapkan SELAMAT HARI SAHABAT.

Semoga ukhuah yang terjalin antara kita kekal selamanya.

=izzan nur edah rafidah rafaie=