AKU CEPAT STRESS.
opss...lupa. ASSALAMUALAIKUM.
Yep, itulah yang aku selalu rasa kebelakangan ni. Seriously stress...stress sampai otak dan fikiran aku numb sangat2. Minggu nih test berderet2. Balik2 lepas cuti Hari Malaysia, terus busy balik...
Sebenarnya aku lagi stress sebab kecik hati ngan kawan2. Ok ...macam ni, Ahad lepas mak aku organise kira open house la untuk aku jemput kawan2 ke rumah. Sebab masa hari raya dulu tak dapat nak buat rumah terbuka untuk kawan2 sebab diorang semua tinggal jaoh2. Balik dari cuti raya pulak aku kena ke miri and minggu lepas tu aku sibuk ngan dinner apa suma. Makanya tak sempat la nak buat rumah terbuka. Tapi biasalah, mak nganbapak aku kan jenis orang yang menghargai orang yang selalu tolong aku n kawan2 aku. So, dengan susah payahnya diorang buat preparation untuk rumah terbuka tu.
My mom buatkan soto khas untuk aku sajikan kat kawan2. Bapak aku pulak sibuk buat persiapan-persiapan lain. Aku kemas rumah. Aku sebenarnya kesian dan rasa bersalah sebab mak bapak aku susah2 buatkan majlis tu untuk raikan kawan2 aku, and sebenarnya hari sebelum tu, kami sekeluarga tak tido sebab kena buat catering untuk student sekolah yang nak ke santubong. Bayangkan pengorbanan dan penat lelah mak ayah aku. Kalau aku tak pe la kan kalau orang tak kesian pun walopun balik2 dari event kat UiTM aku trus tak tido2 temankan mak aku (bagitau jugak pulak...). So korang pikey sendiri la nak kesian ke tak. Yang menyebabkan aku kecik atie nye bukan apa, aku dah bagitau kawan2 aku seminggu sebelum event tu. siap pesan dua tiga kali lagi. Aku suruh diorang confirmkan sebab mak nak tempak satey and anggarkan berapa banyak nak masak. Jawapan yang paling aku BENCI (antaranya la) ... "Tangga dolokla." , "Sik pasti lagik?","Sik tauk mek zan..." yes...aku PALING3 BENCI tahap gaban ngan benda macam tu bila aku tanya. Aku simple, kalau TAK NAK pegi, cakap "Sorry, tak dapat pergi. Kalau tak dapat pergi pun jawab benda yang sama la...or beri kecondongan korang nak pegi ke tak. (ada yang terasa? sorry ekk...sendiri mau ingat) Kalau insya-ALLAH aku tak kisah sangat sebab dah tau kecondongannya tak pegi. So yes, mak aku tempah makanan ada lah dalam seratus lebih cucuk satey n buatkan makanan untuk dalam paling cikai pun 20 orang sebab aku consider budak2 exco yang mungkin datang.
So, yes, kan aku dah bagitau awal2. So, sesapa yang takda kereta tu kenalah pandai pikir mana nak dapatkan kereta kalau mmg nak pegi ye tak? Kereta sewa area UiTM ni especially, mesti diorang dah tau yang kalau book kereta lambat sangat mmg takda kereta sewa pown. Terutamanya hujung minggu. So, diorang tak book awal2. Ahad sampai,diorang takda kereta. Call cakap sori tak dpat datang. Ok, mungkin korang cakap tak da rezeki la kan? Tapi bukankah aku dah inform awal2? So planning mesti dah ada kalau mmg nak g kan? Logik tak? So yes, mama aku mungkin kecik ati. YES GUYS, rasanya mom and dad aku mmg kecik hati. Mana taknya preparation untuk korang semua dah ready. Mama aku siap sibuk beli itu ini bangun awal2 masak untuk korang. Aku sedih gak...nasib la aku ada ajak kazen aku sekeluarga datang.
So ok, Isnin mari aku dah kureng kecik hati la....So Isnin tu aku bawak hatiku yang lara (cheywah) balik UiTM. Aku lambat...kena sound lak oleh bapak. Salah aku...tak kisah. Tapi, bila sampai UiTM, apa yang menambah kecik hatiku yang sebenarnya dah besar kembali ke bentuk normal is that, DIORANG TAK BAGITAU PUN ADA TEST ESOK HARINYA!! Diorang lupa ke, buat2 lupa aku tak tau. Kalau aku tak tanya ngan kawan aku pasal homework sebab aku nak buat, mesti aku masuk kelas blur! Nasib masih sabar tak menyumpah2. ok, sebab aku mmg tak menyumpah2. Tapi seriously, hari tu aku jumpa ngan diorang...lepas kelas. Aku tanya diorang buat apa kat kelas tadi diorang tak mention satu pun kat aku pasal test. Aku tak pergi kelas pun sebab aku ada event. So sebagai kawan yang aku anggap rapat, aku berharap diorang ingatla jugak kat aku...So, ok, diorang dah jumpa kawan yang lagi pandai dan vogue ke dari aku sampai aku terus dilupakan?? Sampainya hati? Yes, aku sentiasa dilupakan. Kalau ada event or anything, diorang takkan bagitau aku. kalau ada apa2 nak dibualkan mesti aku blurr...ok...aku sedih...O.M-ALLAH, forever alone aku nih...
Yep, aku pergi kelas, buat test, dua paper berturut2 pagi tu, and sampai sekarang diorang masih tak tau apa silap diorang. Takda yang mintak maaf pun sebab kecikkan hati aku. And today selepas tensen ngan kerja, gejolak perasaan, sedih nye lagi, ngan stress paper2 test lagi...aku menjangkakan aku akan fail paper 2 TAX. "N.I.C.E." SANGAT KAN?????
p/s: TENSION SAMPAI CALL KAWAN MINTAK TOLONG TEMAN G MAKAN...KAT AIRPORT!