Assalamualaikum
Have you ever felt the void in your heart?
Aku selalu terasa macam tu. Tak kira berapa usia aku. Bukan sebab sunyi sebab sebatang kara, tapi rasanya sebab tidak ada teman. Ibu dan ayahlah yang jadi teman setia sepanjang hidup ni. Kalau tidak kerana kehadiran mereka, mesti sunyi sungguh-sungguh. Kesunyian yang aku rasakan ni, bukan kesunyian bab-bab ibu bapa. Aku bersyukur sebab masih ada ibu dan ayah bersama. Yang aku selalu fikir dan rasakan adalah kesunyian tanpa adanya teman yang sama umur, sama perjuangan atau sama golongan. Betul ke aku tak ada semua tu? Entah.
Aku cemburu. YA, aku mengaku aku cemburu bila tengok orang lain upload gambar-gambar bersama kawan-kawan. Terutamanya teman-teman rapat. Aku cemburu bila diorang cakap rindu itu ini, cemburu bila diorang ingat satu sama lain. Cemburu, cemburu, cemburu. Sebab setiap kali aku tengok semua tu, tak kiralah di laman social atau pun yang aku lihat hari-hari, aku rasa kekurangan terhadap diri ni. Kadang-kadang terfikir jugak, apa kurangnya diri ni sampai aku tak jumpa pun sahabat yang boleh dianggap sebegitu. Kalau ada pun aku ketemu, mungkin tak lama, dan tak lah rapat mana pun. Atau mungkin kadang-kadang aku sahaja yang terasa aku rapat dengan mereka tapi kenyataannya, diorang tak anggap aku macam tu.
Pernah tonton cerita 'The Sisterhood of Travelling Pants'? Rasanya kebanyakan orang ada tonton cerita tu sebab cerita tu boleh kira lama jugak dah. Cerita tu berkenaan empat orang sahabat karib yang kenal dari usia kecil. Kira soul mate la. Sentiasa bersama dan sentiasa kongsi masalah dan cerita. Aku sebenarnya inginkan persahabatan seperti itu. Bersahabat sehingga timbul rasa persaudaraan. Terasa seperti sebuah keluarga. Keluarga kecilku yang sayangkan aku, dan yang aku sayangi. Antara sebab aku inginkan persahabatan seperti itu, mungkin sebab aku sudah terbiasa hidup sendirian yang mana aku selalunya tidak berteman untuk bermain.
Setakat ini, yang pernah aku temui hanya sedikit sahaja yang rapat denganku. Sedikit sahaja yang mengenaliku. Aku tak ada soul mate. Soul mate yang akan sentiasa ada untuk kongsi ceritanya, dan mendengar aku berkongsi ceritaku. Teman yang akan sentiasa ada untuk menemani aku masa aku sunyi, bersembang kosong, berkongsi ketawa dan air mata. Teman yang akan menggenggam tanganku memberikan semangat saat-saat aku terluka dan hampir berputus asa. Teman yang tidak akan berundur meninggalkan aku saat-saat aku memerlukannya; teman yang menerima aku seperti adanya aku. Berlebihankah apa yang aku hajati.
Bila saja aku bertanya persoalan ini pada status-status FB, ada sajaha yang akan berkata, "Allah kan ada." Cliche sungguh jawapan itu. Kerana untuk pengetahuan, aku bukanlah sejahil itu untuk menidakkan kewujudan Allah saat-saat aku kesunyian. Sesungguhnya Allah jugalah yang menemani aku saat sahabat-sahabat berlalu. Apa yang aku inginkan itu hanyalah fitrah seorang manusia yang inginkan teman lahiriah.
Dalam duduk-duduk begini, terlintas di fikiran...
"...Rindukah mereka kepada ku seperti mana aku merindui mereka terutamanya saat-saat berjauhan?"
*Berhenti merepek dulu.*
Wassalamualaikum.