Selasa, 21 Februari 2012

my last day as a 21 year old... keseorangan... ='(


wishing that my mom and dad could be here tomorrow. 

I'M AFRAID OF FAILING

failure is addictive. usually once you failed, it can happen again...and again...and again. until one day u realise, it had happened for quite a lot now. i've been a failure. not once, not twice...but more than that. to tell you the truth, I AM SICK OF THAT! i'm not dumb. i'm not incapable, not even a slightly stupid person. perhaps the efforts are not enough. lazy? how could i be one when i'm always here and there? tired? yes! anyway, i just don't want to be a failure. nope...not again. so, to my dear self, help me...


 now i have to think of ways not to fail in the final and seriously score at it. at least i got some pointers right?



jom sama2 doakan.


Khamis, 26 Januari 2012

random

saya rasa sungguh tertekan...

kbye

Selasa, 17 Januari 2012

BAJU KURUNG MAMA

ASSALAMUALAIKUM...hye guys.

How's your day? Hehehe...semangat pulak pergi ke kelas hari nih. Seronok. ehehe...nak cerita sikit pasal baju kurung mama. cam sedeyh je bunyi tajuk nih. ekceli, tak de la sedih pown. okok. aku sorang je anak pompuan mama. so kira manja la ngan mama kan. cam besa la. mama selalu bagi aku baju dia yang lama2. kira tak leh nak muat lagi ngan 'slim' fit dia tu. baju mama banyak yang cam baru sebab dia banyak baju n banyak mmg baru2. ngehehe. bila dia takleh nak muat lagi, aku yang ambik. kadang2 kalau mama tak bagi pown, aku mintak je kat dia. bukan sebab aku takda baju (especially baju kurung), tapi sebab aku suka ambik baju mama and pakai. best la jugak. walopun secara sebenarnya la kan, saiz aku ngan saiz mama memang berbeza. aku kecik dan kontot. nait berat pown masih kecik jugak. mama berisi ckit and tinggi lagi dari aku. so technically baju mama semuanya panjang2...dan besar. ahahaha. so bila aku pakai len je ropenye.

mungkin kazen mazen aku yang len salu jugak dapat benda2 camni. salunya anak2 perempuan la. anak lelaki erm....jarang kot. korang pown mesti pernah kan? aku cam before nih, terlalu kecik sanghat jadi aku cam jeles je bila kazen mazen semuanya dapat pakai baju mak diorang. hukhukhuk. kalau aku pakai gak kena pakai tali pinggang kat kain and kena lipat 5-6 kali. hadoheh!! seronok kan dapat pakai baju mama??

before masuk U, masa aku sekolah, aku sempat mintak dua tiga pasang baju mama. saja je nak mintak. simpan lam almari walopun tak pakai pown. tapi aku suka mintak dan simpan (apakejadahnya??). so sekarang, masa kat U, aku ada beberapa baju mama yang ada lam almari. aku bawak beberapa baju mama ke kampus untuk pakai. suka jugak seyh pakai. memangla tak fit to body ape semua, tapi seriously, everytime pakai baju kurung mama aku rasa seronok and rasa cam mama lagi dekat ngan aku. lebih dekat daripada biasa (amboi rembat tagline hot.fm pulak). bukan baju kurung mama je, kadang2 baju sejuk dan baju tshirt ayah pun aku guna. ngehehe. panggillah aku anak manja ke apa. tapi itu cara aku menghargai mak ayah aku kayh.

selalunya bila aku pakai, walaupun baju tuh cam besar daripada aku nih, aku tak malu and aku makin bersemangat. contohnya hari nih. aku pakai tudung yang aku pinjam daripada mama, baju kurung greyish-white berbunga indigo yang mama bagi sebelum semester nih and aku pakai stoking yang rasanya bapak aku punya kot sebab aku salah ambik stoking. ehehe. seronok dan makin bersemangat bila belajar. AKU SERIUS NIH!



jadi kepada korang suma kat dunia nyata sana, kalau mak korang bagi baju hand-me-down kat korang, baju diorang zaman dulu2, korang jangan lah mengeluh kata diorang nih tak best sebab tak bagi baju baru. aku rasa semua mak bapak teringin nak tengok anak2 dia sekali sekala pakai baju diorang. walupon ko sanggup pakai sepasang je. sebab sebenarnya feeling pakai baju diorang nih teramat-lah best.

korang mesti perasan kan, kalau di sarawak nih, kat semenanjung tak tau la kan, kalau berlakunya kematian terutamanya dalam ahli keluarga, mesti baju2 yang meninggal tu akan dibahagi2kan kepada ahli keluarga. contohnya masa pak nek aku meniggal (ayah kepada ayah aku), anak lelaki semua diberi kain pelikat pak nek aku tuh. ada yang dapat baju melayu dia (mana2 yang muat la) dan ada jugak yang volunteer untuk ambik buku2 lama dia termasuklah al-quran yang memang tahap koleksi muzium punya. masa nih la barang2 khazanah harta karun mak bapak korang jadi teramat berharga. kalau korang tak rasa terdetik sayang kat barang2 tu memang aku tak tau nak cakap apa la.

jadi pesanan aku kat korang, yang masih ada mak bapak, yang masih ada keluarga. kalau mak bapak bagi kita barang diorang bukan bermaksud diorang sengkek sangat sampai tak nak bagi baju baru. diorang bagi harta yang berharga buat korang supaya korang takkan lupakan diorang masa diorang dah tak da nanti. simpan barang2 istimewa diorang. bila rindu leh la kita pegang.


wassalamualaikum =)

p/s: nak call mama dan bapak malam nih. diorang mesti rindu aku seyh. ehhe.

Sabtu, 31 Disember 2011

31.12.2011 PART 1

ASSALAMUALAIKUM...hye guys. ehe...

31.12.2011, 3.00pm - Outing with my beloved cousin and new sister, Are-a & Eyna at K-Box embassy The Spring. Owh My ALLAH, thanks a lot guys. That really helps me released all the tense. Ahahaha. seriously gonna do it again!

Bought new long sleeves shirts and a set of bathing towels. Another favorite activity - SHOPPING!!!

Isnin, 19 Disember 2011

PEREMPUAN PUNYA PERASAAN

ASSALAMUALAIKUM...hye ya'all...
dan hye awak. xtau la kalau bace pown kan...so whatever.

Hari nih nak bagitau sal perasaan perempuan sikit la.

Hati seorang perempuan itu sungguh halus. Lembut walaupun perangainya kasar. Ada malu walaupun nampak berani dan yakin. Suara hatinya sukar didengari walaupun suara luarannya kedengaran lantang. Orang dulu-dulu selalu nasihatkan kat kita, jaga hati seorang wanita, sebab hati wanita nih cepat rapuh, kena jaga, sebab mudah terluka. Ada benarnya orang pesan macam tu.

Apabila seorang perempuan mulai suka pada seseorang, dia hanya akan berdiam diri. Menunggu orang yang disukainya itu untuk meluahkan apa yang dia rasakan terlebih dahulu. Kenapa selalunya perempuan akan buat macam tu? Sebab diorang nih, makhluk yang pemalu. Malu sebab ehem...tak manis kalau perempuan yang mula dulu takut nanti dipanggil perigi mencari timba. Malu sebab takut nanti, lelaki itu tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Mungkin nanti dia di'tolak'. Malu sebab nanti lelaki tu bagitau kat orang lain jaja cerita yang perempuan tu suka kat dia. Macam hidung tak mancung, pipi tersorong2 pulak. Tapi, kadang-kadang perempuan masih tetap akan bagitau orang yang dia sukai tentang perasaannya. Malu pun, kena bagitau. Sebab takut tak sempat bagitau atau takut nanti diambil orang. Ataupun sekadar hanya memberitahu insan yang dia sayangi supaya dia tahu perasaannya.

Wahai lelaki, andai ada perempuan yang meluahkan perasaannya kepadamu, ucapkanlah TERIMA KASIH kepadanya. Cukup sekadar terima kasih. Hargailah keberaniannya yang menolak segala keraguannya untuk memberitahu kamu bahawa dia sukakanmu. Hargailah perasaannya. Hargailah usahanya. Cukup dengan Terima Kasih. Ketakutannya akan reda. Harus kamu tahu, ada perempuan yang hanya ingin kamu tahu, dan ingin kamu katakan kepadanya andai kamu juga mempunyai perasaan yang sama dengannya. Bukan untuk berpacaran, bukan untuk memadu kasih tanpa ikatan halal dan sah, bukan juga untuk meminta lebih daripada itu. (CHEY...BERMADAH SENDIRIAN AKU NIH KAN??)

If A Girl Says The Three Magic Word


Do not make a fool out of her,
She had tried her best to gather all the guts that she has to tell you her feelings. Kena kat perempuan yang kurang self-esteem, nanti kalau dia jumpa orang baru dia tak brani nak bagitau lagi karang.

Do not change the topic without acknowledging her feelings,
After all that she had tried, you just change the topic without saying a simple Thank You will be a humiliation for her.

Do not say you did not hear anything or pretend you don't understand her,
A girl's heart if easily hurt, she gathered her courage to tell you this important thing, just say Thank You. Show her you heard her and you are thankful she likes you even when you do not share her feelings. Takkan benda senang camtu tak pandai nak pikey kot?

Do not treat her differently,
Typical guys always did this. STUPID!! You are friends, treat her like friends. If you've never known her before, at least say 'hi' to her. That's the least that you can do after u reject her.

Do not ignore her.
Another stupid thing guys did. DO NOT ignore her. This will further humiliate her. Down goes with her confidence and you'll definitely hurt her. UNLESS she ignores you then you need to find a way to say sorry.

There's nothing wrong with saying that you do not share the same feelings, but at least let her know that she has been heard and do not act so cocky and ignorant towards other people's feelings. Most girls will understand. Be friends with them. That'll lessen their hurt.

Just say 2 simple word, THANK YOU.

WASSALAMUALAIKUM.

p/s: ok...nampak serabut je post nih. tak pe...nanti2 pikey balik. Siang karang nak drive lagi hadoi! tak tido lagi nih.


hari hujan...sedih gak wooo....hati ni la yang sedih...



Selasa, 13 Disember 2011

AKU KENA SABAR

assalamualaikum...hye guys...

penat...rasanya perkataan tu la yang paling banyak dikeluarkan lubang mulut nih sepanjang dua minggu ni. penat sangat2 bila mesyuarat tak tentu masa...diorang nih ingat aku apa ha? okok...tak baik mengeluh...sakit pinggang ngan sakit tulang belakang dah makin teruk dah...ntah napa...adoi. aku sebeanrnya pening, dan tertekan asngat2. banyak kerja nak kena buat. tapi hati harus bersabar. orang lain tengok senang jadi aku kot. tu yang diorang tak kesah sangat.

mesyuarat bertindih2...rasa lebih kurang cam wakil rakyat ke...ahli perniagaan ke, ade gak. ngehehe...experience awal kot. amin2....bukan wakil rakyat tu...tapi ahli perniagaan. tolong amin2kan jugak ye.

plan cam nak keluar jenjalan je esok. nak g pantai tapi nampkanya tak dapat sebab jauh sangat dari campus. so maybe g karoks je le yang mampu kot. tgk la camna.

aku sebenarnya nak luarkan something la...ada beberapa sebenarnya. salah satunya...aku teramat geram sebab kena tukar topik untuk presentation BEL312 Isnin lepas. aku mulanya pilih TH Plantation, pastu bila tengok tak da orang amik Parkson Holdings, terpikat lak. so aku ambik keputusan tukar ke parkson holdings. sebenarnya mula tu aku plan nak amik Jabatan Muzium Sarawak je. tapi tak dapat sebab requirements nak company...and kena tersenarai dalam KLSE. hadoh2! tukar...

then, bila nak buat presentation Isnin tu, kena pulak sama topik ngan kawan sorang lagi. Jadi bila dah consult ngan Miss, aku yang kena tukar...aku redha sebab memang separuh daripada kesilapan aku sendiri jugak. then aku tak tau nak buat apa dah...last2 malam tadi aku terpikey nak buat sal Naim Holdings aje...so aku dah buat keputusan...presentation cuba teka...cuba teka...hari Rabu. haiseyh!!! then kejap tadi kawan aku bagitau pulak dia buat Naim Holdings...haiseyh...tak suka2....aku tak nak tukar lagi dah...penat weyh fikir panjang! nak tau apa dia cakap??? "u tukarla...u tak susah kalau tukar.senang je you." POOORAHH!!! senang ko cakap? cube ko masuk kasut aku saiz berapa nih! cuba test try camna rasanya. haiseyh.

bahaya....rumpong lappy aku!


so...bila aku pikey2 balik...takpa...aku buat biar lain daripada yang lain. slides insya-ALLAH dah mantap...tukar topik benda sama...dan aku akhirnya kekal ngan TH Plantation yang kebanyakan orang tak tau tentang kewujudan depa nih. ekceli, aku bangga sebab Board of Directors depa mmg orang Melayu Muslim...so...dalam banyak2 projek yang lain jarang kot nak tengok BOD yang Melayu Muslim. Alhamdulillah. Buat projek ni sedikit sebanyak ngajar aku berlajar bersedia untuk menempuh apa sahaja yang mungkin menyulitkan hidup. Kena banyak bersabar dan berusaha lebih. Mana tau, bila kena timpa masalah cam nih, aku boleh buat yang lebih baik daripada kalau aku buat yang lain, kan?

So, aku takkan mengeluh. sebab mengeluh itu sifat orang yang malas untuk memperbaiki diri...kot la. taktau sangat. tapi aku sedang dalam proses belajar untuk tidak mengeluh. Insya-ALLAH, doakan aku ye.

yang kedua pulak, aku nak share adalah kekecewaan aku...sedikit la...tak banyak pun kecewa nya. engehehe...

'abg korea' tak datang kelas pulak isnin lepas...huhu...ok...aku mula rasa tak selesa pulak nak jumpa dia especially lepas aku bagitau dia perasaan aku...cheywah!! drama nye bunyi! tapi yes, aku cam malu sebab aku dapat rasakan dia mungkin tak share perasaan yang sama cam aku.



aku redha...tak apa...jodoh jauh lagi kot. kena sabar dan berusaha cari yang baik2.
apapun, insya-ALLAH esok jumpa dia lagi. sebab esok kelas BEL dan ada mesyuarat. insya-ALLAH aku g jugak.ahahaha.kalau tak tak tau la...

ok...tu je...nanti aku update lagi.ehehe...

wassalamualaikum

p/s: sapa la pasang lagu jiwang kapak kat library nih??? tapi best gak...ada lagu latar...cun ngan perasaan skarang nih. AHAHAHAK.